Perbezaan Needle Plate Mesin Jahit Tepi Industri

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Seringkali kami mendapat tahu dari pelanggang yang tersilap membeli needle plate untuk mesin jahit tepi industri mereka. Kami cuba terangkan perbezaaan umum needle plate mesin jahit tepi industri yang ada untuk membantu anda memilih needle plate yang betul. Secara umumnya apa yang anda perlu tahu ialah perkara berikut:


  1. Jumlah jarum dan benang untuk mesin jahit tepi anda. Needle plate berbeza mengikut jumlah jarum dan benang mesin jahit tepi kerana secara umumnya jumlah mata gigi atau feed dog mesin adalah mengikut jumlah jarum dan benang mesin jahit tepi tersebut.
  2. Bentuk dan kedudukan skru needle plate tersebut. Kedudukan skru dan bentuk needle plate adalah bergantung kepada brand mesin jahit tersebut. Jika bentuknya sama tp kedudukan skru tidak sama, anda tetap tidak boleh memasang needle plate tersebut
  3. Jika anda mencari needle plate untuk jahit tepi halus tudung, pastikan needle platenya telah di tajamkan.

Jadi perkara penting yang anda perlu pastikan sama ialah:

  • Jumlah gigi atau feed dog untuk needle plate tersebut sama dengan model yang anda guna. 
  • Bentuk needle plate tersebut adalah sama
  • Kedudukan skrunya adalah sama pada needle plate tersebut

Jika perkara di atas adalah sama, needle plate tersebut boleh digunakan walau pon dikatakan bukan untuk brand tersebut.

Needle plate ini adalah untuk mesin jahit tepi 1 jarum 3 benang brand GEMSY. Perhatikan kedudukan lubang untuk skru needle plate ini



Needle plate ini adalah untuk mesin jahit tepi 2 jarum 4 benang GEMSY. Perhatikan bukaan untuk feed dog adalah lebih banyak dari 1 jarum 3 benang.




Ini pula needle plate untuk mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang brand Bruce atau JUKI. Juga perhatikan bentuknya yang berbeza dari needle plate mesin jahit tepi Brand GEMSY dan kedudukan jarumnya berbeza. Jangan tersalah beli anda tidak akan dapat memasang tapaknya!


Ini pula needle plate untuk membuat jahitan tepi halus dengan mesin jahit tepi 1 jarum 3 benang JUKI



Untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi kami di talian 012-9289727 

Untuk melihat aksesori dan spare part mesin jahit industri yang kami ada boleh lawati website kami di link berikut: SPARE PART MESIN JAHIT INDUSTRI

Kedai kami terletak di seksyen 9 Bandar Baru Bangi jika anda mahu datang. Hanya Waze Kraf Ezee.




Comments