Perisian sulam Creative Drawing adalah salah satu daripada perisian sulam yang terbaik di pasaran. Kraf Ezee adalah satu-satunya pengedar perisian sulaman ini di Malaysia. Berikut adalah contoh hasil sulaman yg di lakukan menggunakan mesin sulam Brother PR655 yang mana sulaman di buat menggunakan Creative Drawing
Jika anda biasa menggunakan software sulaman anda akan mendapati bahawa ada sesetengah software sulaman tidak mampu untuk membuat tulisan yang halus. Juga cara untuk punch paten sulaman juga kadangkala amat rumit dan mengambil masa yang lama.
Untuk contoh di atas, kami mengambil masa selama kurang dari 30 minit untuk membuat manual punch jata negara. Ciri-ciri istimewa software sulaman ini ialah seperti berikut:
- Boleh digunakan untuk pelbagai jenis mesin sulam (hampir kesemua) di pasaran. Antara format sulam yang di support ialah DST, PES, JEF, XXX, PEC, TAP, HQF dan bermacam lagi. Kami sendiri telah mencuba ke atas 3 brand di pasaran dengan jayanya
- Mempunyai auto embroidery punch iaitu masukkan gambar dan siap paten sulam anda!! Tapi gambar hendaklah berkualiti baik
- Manual punch yang mudah untuk digunakan! Jika anda biasa dengan Adobe Photoshop atau AI, maka software ini akan lebih mudah
- Graphic software yang cantik dan jelas untuk sulaman
- Boleh melakukan monograming dan tulisan untuk sulaman
- Pelbagai jenis bentuk jahitan Satin, Step, Applique dan lain-lain lagi untuk di pilih. Mudah untuk anda tentukan arah jahitan sulaman anda dan juga jika anda ingin membuat applique
- Banyak embroidery automatic function atau fungsi automatic seperti software akan mengira density secara auto apabila saiz di ubah. Juga parameter seperti density dan pull compensation akan dikira secara automatic apabila anda menetapkan jenis fabric atau kain untuk disulam
- Boleh laras atau align object anda dengan mudah
- Boleh melalukana tulisan yang halus. Walaubagaimanapun tetap ada limitnya ye!
- Dan yang pentingnya ialah support. Kraf Ezee adalah pakar penggunaan software ini dan kami menawarkan latihan penggunaan dan after sale service untuk lifetime. Juga ada support secara atas talian dari pembuat software sulam ini jika Kraf Ezee gagal menyelesaikan masalah penggunaannya.
- Software ini adalah software original ye. Tiada copy atau pirated version yang mana Kraf Ezee tidak menawarkan sebarang software pirate. Nama pon pirate.. maknanya mencuri.. makan janganlah mencuri..
Berikut adalah snapshot Video dan gambar dari software sulaman ini. Jika berminat boleh hubungi kami di talian 0129289727 (Encik Rafizi) atau lawati website kami di www.krafezee.com untuk harga PROMOSI terkini.
Anda juga boleh datang ke kedai kami Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. PENTING: Anda di galakkan untuk membuat temujanji dengan kami sebelum datang ye kerasa software demo hanya ada satu sahaja kuncinya yang di pegang oleh Encik Rafizi.
 |
| Antara jenis jahitan sulam yg boleh dipilih. Ada banyak lagi yang boleh di pilih untuk jenis jahitan sulam. Jahitan-jahitan ini pula boleh dicampur di dalam satu paten untuk mendapatkan hasil yang menarik. |
Comments
Post a Comment