Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Anda nak beli mesin sulam, tapi tak pasti model mana yang nak di pilih? Ha, kami sebagai Authorized Dealer dan Service Center Mesin Jahit Brother boleh memberikan cadangan pemilihan kepada anda. Untuk lebih senang baca anda boleh klik link berikut ke website kami
Pada pandangan kami kesemua model-model mesin sulam Brother adalah sangat bagus kualiti mesinnya dari segi ketahanan dan juga kualiti sulaman yang cantik. Ada pelbagai model untuk Brand Brother jadi bagaimana nak pilih model yang sesuai. Perkara yang anda perlu ambil kira ialah
- Keperluan menyulam anda. Apakah yang anda ingin sulam sebenarnya? Jika anda ingin membuat sulaman tanda nama sahaja, kesemua mesin sulam Brother boleh membuat sulaman ini. Tetapi jika anda ingin membuat sulaman di topi, hanya beberapa jenis model sahaja yang boleh membuat sulama secara terus ke topi. Ini adalah kerana topi adalah bahan melengkung dan memerlukan attachment khas atau frame khas untuk memegang topi tersebut sewanktu di sulam. Hanya model-model tertentu sahaja yang berupaya membuat sebegini. Kami terangkan di gambar rajah di bawah untuk model mana yang sesuai
- Bajet atau kewangan anda. Ini mungkin faktor yang paling penting untuk anda kerana harga mesin sulaman boleh tahan juga. Harga permulaan model Brother sekarang ialah RM3699 dan ke atas, Jangan risau kami ada bagi diskaun dan free gift jika anda nak beli. Training pon kami akan berikan juga untuk penggunaan mesin sulam. Gambarajah berikut menerangkan model mesin sulam dan juga harga. Harga tertera adalah retail price dan sebelum diskaun di beri ye.
- Fungsi dan spesifikasi mesin sulam. Selain 2 faktor di atas, mesin-mesin sulam Brother juga datang dengan pelbagai fungsi tambahan berdasarkan model yang anda pilih. Secara umumnya, jika mesin sulam tersebut lebih mahal, maka fungsinya lebih banyak, kelajuannya lebih tinggi dan kawasan sulamannya lebih besar. Jadi ini akan memudahkan dan mempercepatkan kerja menyulam anda. Sebagai contoh, model Brother NV180 mempunyai kelajuan 400 spm, dan kawasan sulaman 10 x 10 cm boleh membuat 4 tanda nama dalam masa 40-45 minit. Manakala model Brother V3, mempunyai kelajuan 1000 spm dan kawasan sulaman 18 x 30 cm boleh membuat 22-24 tanda nama dalam masa 50-60 minit. Jadi producktiviti anda akan lebih laju. Jika dibandingkan dengan model PR670E pula, model Brother PR670E mempunyai 6 jarum, jadi penukaran benang dilakukan secara automatik oleh mesin sulam berbanding dengan model 1 jarum.
Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp kami di 012-9289727 @ 010-2219727
Terima kasih
* Harga mungkin berubah tanpa notis. Untuk harga terkini sila lawati website kami di link berikut
Harga dan Model-model Mesin Sulam Terkini


Comments
Post a Comment