Kenapa Jarum Patah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Berikut adalah antara beberapa sebab jarum mesin jahit patah ketika anda menjahit


1) Jarum tidak di pasang dengan betul atau longgar. Ini boleh menyebabkan jarum terkena needle plate ketika menjahit dan patah


2) Saiz jarum yang digunakan tidak betul
  • Jika anda menjahit kain yang tebal dan jarum kerap patah, anda perlu menukar jarum tersebut ke saiz yang lebih tebal. Contohnya jika menjahit jeans menggunakan jarum saiz 14 dan jarum asyik patah, tukar kepada jarum bersaiz 16 atau 18


3) Benang tersangkut dan menarik jarum ketika menjahit menyebabkan jarum terkena needle plate
  • Boleh jadi benang tersangkut di mana-mana bahagian mesin jahit seperti di spool, spool cap. Ini biasanya berlaku untuk benang sulam dan benang kapas.


4) Kualiti jarum yang digunakan tidak bagus. Jika jarum yang anda gunakan kerapa patah walaupon telah di pasang dengan betul dan saiz yang betul, mungkin kualiti jarum tidak bagus. Antara brand yang bagus ialah jarum mesin jahit brand Organ dan Schmetz


5) Anda juga mungkin tidak memasang bobbin house dengan betul. Jarum mungkin terkena bobbin house dan patah


6) Jarum yang digunakan bengkok


7) Anda juga mungkin menggunakan setting jahitan yang tidak betul terutamanya

  • Menjahit zip yang mana mata jarum mungkin terkena zip
  • Menggunakan mana-mana tapak jahitan yang ada "divider" seperti tapak overlock dan tapak 1/4 quilting. Anda perlu mengubah kedudukan mata jarum secara perlahan-lahan sebelum memulakan jahitan untuk memastikan jarum tidak terkena divider tersebut

8) Mata jarum jahitan anda terkena jarum peniti di kain

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di talian 012-9289727 

Untuk melihat jarum-jarum mesin jahit yang kami ada boleh lawati website kami di JARUM MESIN JAHIT

Comments