Kenapa Benang Putus Ketika Menjahit

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kepada yang biasa menjahit, anda mungkin pernah menghadapi situasi di mana anda menjahit dan benang yang menjahit selalu putus-putus. Berikut adalah antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan benang sentiasa putus ketika menjahit


1) Jarum salah pasang atau salah jenisnya

  • Pastikan jarum di pasang dengan betul dan ditolak penuh ke atas
  • Pastikan jarum yang anda guna adalah sesuai untuk mesin jahit anda, jangan gunakan jarum mesin jahit portable untuk mesin jahit industri dan sebaliknya

Kami ada menulis artikel berkenaan jarum mesin jahit di link berikut:




2) Benang salah pasang

  • Pastikan anda memasang benang atas dengan betul mengikut manual mesin jahit anda. Jika benang salah di pasang, kemungkinan benang putus adalah sangat tinggi

3) Jarum perlu ditukar

  • Kadangkala jarum yang sudah terlalu lama di gunakan perlu ditukar dengan jarum baru kerana mungkin telah bengkok atau rosak

4) Tension benang atas terlalu tinggi
  • Jika ketegangan benang di atas terlalu tinggi, kemungkinan juga benang akan putus

5) Benang bobbing tidak di pasang dengan betul
  • Benang bobbin mungkin perlu di buat semula

6) Kualiti benang yang tidak bagus terutamanya benang hitam. 
  • Benang hitam kadangkalanya ada benang warna lain yang di dye ke warna hitam semula. Jadi kadangkala benang hitam telah di proses dua kali oleh kilang pembuat benang meyebabkan kekuatan benang sedikit kurang

7) Terdapat halangan seperti habuk yang banyak, benang lain yang melekat di bahagian mesin di laluan benang. 
  • Buangkan sebarang halangan di laluan benang

Jika anda masih mengalami masalah benang putus setelah membetulkan perkara-perkara di atas, ada kemungkinannya anda perlu menghantar mesin jahit anda ke tempat servis semula

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 012-9289727. Kami ada membuat perkhidmatan membaiki mesin jahit di seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Anda boleh juga melawati website kami di link www.krafezee.com

Comments