Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ramai yang bertanyakan kami berapa kerap servis mesin jahit atau mesin sulam perlu di lakukan.
Secara umumnya tiada jadual kekerapan yang perlu di buat. Pada pandangan kami kekerapan servis mesin jahit atau mesin sulaman adalah bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut
- Kekerapan penggunaan mesin jahit. Jika anda menjahit setiap hari untuk tempahan, kami mencadangkan anda untuk membuat servis mesin jahit atau mesin sulam anda setiap 6 bulan untuk memastikan jahitan yang lancar
- Jika anda jarang2 menggunakan mesin jahit, mungkin setahun sekali sudah memadai
- Atau jika ada masalah seperti jahitan tersangkut, boleh lah hantar servis mesin jahit anda
Kadang-kala mesin jahit yang di tinggalkan terlalu lama tidak digunakan langsung juga akan menjadi "stuck" di sebabkan karat atau habuk yang mengeras. Kami pernah menemui mesin jahit yang stuck walaupon penggunanya mengatakan bahawa mesin jahit itu tidak pernah dibuka dalam kotaknya selama setahun!
Jadi apa yang dibuat untuk servis asas mesin jahit. Di Kraf Ezee kami melalukakan perkara-perkara berikut untuk servis asas
- Check timing mesin jahit
- Check, bersihkan dan meminyakkan semula mesin jahit.
- Test semula jahitan dan memastikan jahitan kemas
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian 012-9289727

Comments
Post a Comment