Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Anda menjahit dan dapati benang tidak melekat kepada kain yang anda jahit. Jadi apa yang anda boleh buat? Ada beberapa sebab dan tindakan yang anda boleh ambil seperti berikut:
1) Jarum salah pasang atau salah jenisnya
- Pastikan jarum di pasang dengan betul dan ditolak penuh ke atas
- Pastikan jarum yang anda guna adalah sesuai untuk mesin jahit anda, jangan gunakan jarum mesin jahit portable untuk mesin jahit industri dan sebaliknya
- Jika anda menjahit kain lycra, jarum yang di perlukan adalah jarum jenis stretch
Kami ada menulis artikel berkenaan jarum mesin jahit di link berikut:
2) Benang salah pasang
- Pastikan anda memasang benang atas dengan betul mengikut manual mesin jahit anda. Jika benang salah di pasang, kemungkinan benang tidak akan lekat di kain yang anda jahit adalah sangat tinggi
3) Benang di sekoci salah di pasang
- Pastikan juga sekoci anda di pasang dengan betul mengikut manual mesin jahit anda. Untuk mesin jahit brother, sekoci perlu dipasang mengikut lawan arah jam. Pada kebiasaannya ini ada di nyatakan di mesin jahit anda
4) Timing mesin jahit sudah lari
- Timing mesin jahit adalah tempoh atau ketika jarum bertembung dengan benang sekoci dan mengait benang skoci ke atas. Jika timing ini sudah lari, benang di jarum tidak dapat mengait benang sekoci jadi jahitan tidak akan terjadi. Jika ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain dari menghantar ke kedai mesin jahit untuk di baiki semula
5) Jarum mungkin sudah bengkok
- Kadangkala anda tidak nampak dengan jelas jarum sudah bengkok sedikit menyebabkan timing mesin jahit sudah lari. Menukar jarum adalah antara tindakan pertama yang anda boleh buat untuk membetulkan masalah ini.
Jika anda masih mengalami masalah benang tidak lekat pada kain setelah membetulkan perkara-perkara di atas, ada kemungkinannya anda perlu menghantar mesin jahit anda ke tempat servis semula
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 012-9289727. Kami ada membuat perkhidmatan membaiki mesin jahit di seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Anda boleh juga melawati website kami di link www.krafezee.com

Comments
Post a Comment