Perbezaan di Antara Mesin-Mesin Sulam BROTHER

 Asssalamualaikum


Untuk posting kali ni, kami akan menulis perbezaan model-model mesin sulam Brother yang ada di pasaran. Sebelum kami memberikan perbezaan di antara model-model mesin sulam tersebut, anda perlu tahu perkara berikut:


  1. Brother International adalah sebuah syarikat pengeluar mesin sulam dari Jepun. Mesin-mesin sulam mereka adalah berkualiti tinggi dan menghasilkan hasil sulaman yang kemas dan cantik.
  2. Kesemua mesin sulam Brother boleh digunakan untuk membuat logo, nama, bunga, kerawang. Secara asasnya tiada mesin sulam yang di buat khas untuk membuat sulaman nama, atau khas untuk logo. Konsep mesin sulaman adalah sama dengan printer kertas. Jika anda ada file sulaman, maka anda boleh "mengarahkan" mesin sulam tersebut untuk membuat apa sahaja sulaman. Sama seperti printer kertas, jika anda gambar yang hendak di print, anda hannya perlu hantar ke printer tersebut dan printer tersebut akan print gambar tersebut. Dan konsep mesin sulam juga adalah sama. Anda hanya perlu ada file sulaman untuk membuat sulaman yang anda kehendaki.
  3. Perbezaan di antara mesin-mesin sulam Brother secara umumnya adalah berbeza saiz mesinnya, kelajuan mesinnya, luas maksima kawasan sulaman mesin sulam tersebut dan jumlah jarum yang ada pada mesin sulam tersebut. Jika lebih mahal, biasanya mesin tersebut lebih laju, lebih besar dan mungkin ada lebih banyak jarum. Jadi kerja menyulam anda akan jadi lebih cepat dan mudah secara umumnya dengan mesin sulam dengan harga yang lebih tinggi. Hasil sulaman mesin sulam Brother adalah kemas tidak kira harganya.
  4. Kesemua mesin sulam Brother boleh di masukkan paten sulaman dengan menggunakan USB port. 
  5. Kesemua mesin sulam Brother menggunakan file format *.pes untuk sulaman. Jika anda ada gambar logo yang hendak disulam, and perlu MENUKAR gambar tersebut ke format *.pes sebelum anda boleh membuat sulaman. Apa yang anda perlukan untuk menukar format ini ialah perisian sulaman yang sesuai. Proses penukaran ini kadang kala di panggil DIGITIZING. Gambar dengan format JPEG, Vector, GIF dan lain-lain format gambar tidak boleh di baca oleh mesin sulaman kerana tiada "stitch" atau jahitan di dalam format tersebut.

5 perkara di atas adalah perkara asas yang anda perlu tahu berkenaan mesin sulaman Brother. Jom kami perkenalkan model-model mesin sulaman Brother yang ada sekarang. 



Ini adalah model Brother NV180. Retail Price RM3699.00
Model ini adalah model mesin sulam yang paling asas dan paling murah di pasaran Malaysia. Mesin sulam ini sesuai untuk beginner yang ingin baru belajar membuat sulaman dan mengambil tempahan sulaman secara kecilan. Disebabkan saiznya yang kecil, mesin sulam sulam ini tidak sesuai jika anda ingin membuat sulaman saiz yang besar dari 10 cm.  Selain menyulam, model ini boleh digunakan untuk menjahit pakaian.

KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun, patch dan lain-lain.
Tidak sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINBoleh digunakan untuk menjahit pakaian.
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
TIDAK BOLEH sulam kasut, topi 
CORAK BUILT IN80 jenis corak sulaman
10 jenis corak huruf
KELAJUAN400 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN10 cm x 10 cm
JUMLAH JARUM1 jarum


Ini adalah model Brother NV180D. Retail Price RM3999.00
Model mesin sulam ini adalah abang kepada Brother NV180. Spesifikasinya sama kecuali model ini dilengkapi dengan paten sulaman kartun Disney. Mesin sulam ini juga sesuai untuk beginner yang ingin baru belajar membuat sulaman dan mengambil tempahan sulaman secara kecilan. Disebabkan saiznya yang kecil, mesin sulam sulam ini tidak sesuai jika anda ingin membuat sulaman saiz yang besar dari 10 cm.  Selain menyulam, seperti NV180, model ini juga boleh digunakan untuk menjahit pakaian.

KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun, patch dan lain-lain.
Tidak sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINBoleh digunakan untuk menjahit pakaian.
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
TIDAK BOLEH sulam kasut, topi 
CORAK BUILT IN125 jenis corak sulaman
10 jenis corak huruf
45 jenis corak kartun Disney
KELAJUAN400 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN10 cm x 10 cm
JUMLAH JARUM1 jarum


Ini adalah model Brother NV800E. Retail Price RM7499.00
Model ini adalah khas untuk sulaman sahaja dan tiada fungsi menjahit. Saiz mesinnya lebih besar dari model Brother NV180D dan NV180 serta lebih laju

KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun dan lain-lain.
Sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINTIADA
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
TIDAK BOLEH sulam kasut, topi  
CORAK BUILT IN138 jenis corak sulaman
10 jenis corak huruf
KELAJUAN850 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN16 cm x 26 cm
JUMLAH JARUM1 jarum


Ini adalah model Brother V3SE. Retail Price RM9999.00
Model ini adalah khas untuk sulaman sahaja dan tiada fungsi menjahit. Saiz mesinnya lebih besar dari model Brother NV800E serta lebih laju. Apa yang menarik ialah walaupon harganya hampir RM10000, tapi model ini adalah antara yang paling popular di pasaran. Model ini datang dengan skrin yang besar mudah untuk anda melihat warna yang ada dengan jelas dan juga ada on screen editing function yang lebih canggih berbanding model lain.


KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun, patch dan lain-lain.
Paling sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINTIADA
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
TIDAK BOLEH sulam kasut, topi  
JUMLAH CORAK BUILT IN227 jenis corak sulaman
17 jenis corak huruf
KELAJUAN1000 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN20 cm x 30 cm
JUMLAH JARUM1 jarum
FUNGSI MENARIK LAINOn screen editing lebih canggih
Autocut benang selepas sulam



Ini adalah model Brother VR. Retail Price RM18999.00
Model ini adalah khas untuk sulaman sahaja dan tiada fungsi menjahit. Saiz mesinnya lebih besar dari model Brother V3SE. Model-model mesin sulam seperti VR ini kami panggil mesin sulam tegak 😁 Model-model seperti ini boleh digunakan untuk menyulam topi dan kasut manakala model2 seperti V3SE yang bentuknya seperti mesin jahit tidak boleh digunakan untuk menyulam topi dan kasut. Mesin sulam ini hanya memiliki satu jarum dan masuh perlu ditukar benangnya secara manual.


KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun, patch dan lain-lain.
Sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINTIADA.
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
Boleh sulam kasut, topi 
JUMLAH CORAK BUILT IN405 jenis corak sulaman
20 jenis corak huruf
KELAJUAN1000 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN20 cm x 20 cm
JUMLAH JARUM1 jarum
FUNGSI MENARIK LAINOn screen editing lebih canggih
Autocut benang selepas sulam
Laser pointer untuk positioning


Ini adalah model Brother PR670E. Retail Price RM42999.00
Model ini adalah khas untuk sulaman sahaja dan tiada fungsi menjahit. Saiz mesinnya lebih besar dari model Brother VR. Model-model mesin sulam seperti ini kami panggil mesin sulam tegak 😁 Model-model seperti ini boleh digunakan untuk menyulam topi dan kasut manakala model2 seperti V3SE yang bentuknya seperti mesin jahit tidak boleh digunakan untuk menyulam topi dan kasut. Kelebihan Brother PR670E ini ialah ianya ada 6 jarum. Ini bermakna anda boleh menyulam corak 6 warna secara automatik tanpa anda perlu menukar benang secara manual seperti model-model yang lain di atas.


KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun dan lain-lain.
Sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINTIADA.
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
Boleh sulam kasut, topi 
JUMLAH CORAK BUILT IN855 jenis corak sulaman
37 jenis corak huruf
KELAJUAN1000 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN20 cm x 30 cm
JUMLAH JARUM6 jarum
FUNGSI MENARIK LAINOn screen editing lebih canggih
Autocut benang selepas sulam
Laser pointer untuk positioning


Ini adalah model Brother PR1055X. Retail Price RM51999.00
Model ini adalah khas untuk sulaman sahaja dan tiada fungsi menjahit. Saiz mesinnya lebih besar dari model Brother VR. PR1055X ada model terbaru yang di perkenalkan pada tahun 2021 menggantikan model Brother PR1050X. Model ini ada 10 jarum dan beberapa fungsi menarik seperti camera scaning untuk positioning dan keupayaan menggunakan wifi untuk kawalan.

KEGUNAANSulam logo, nama, bunga, kartun, patch dan lain-lain.
Sesuai untuk sulaman kerawang panjang
KEGUNAAN LAINTIADA.
APLIKASIT-shirt, tuala, tudung, kain dan lain-lain jenis fabrik 
Boleh sulam kasut, topi 
JUMLAH CORAK BUILT IN1184 jenis corak sulaman
37 jenis corak huruf
KELAJUAN1000 SPM
LUAS MAKSIMA SULAMAN20 cm x 30 cm
JUMLAH JARUM10 jarum
FUNGSI MENARIK LAINOn screen editing lebih canggih
Autocut benang selepas sulam
Camera positioning untuk mudah menetapkan kedudukan sulaman. 
Wifi link ability


KESIMPULAN

Anda perlu ingat, kualiti sulaman mesin sulam Brother adalah cantik tidak kira harganya. Perbezaan besar harga adalah disebabkan saiz maksima sulaman, kelajuan dan juga fungsi tambahan pada mesin sulam tersebut. Jadi, untuk memilih mesin sulam Brother, berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu ambil kira. 

  1. Bajet anda, carilah mesin sulam yang berada di dalam bajet kewangan anda yang tidak terlalu membebankan. 
  2. Tujuan untuk sulaman anda. 
    • Jika anda ingin menyulam topi dan kasut, hanya ada 3 model mesin sulam Brother yang boleh membuat sulaman ini iaitu VR, PR670E dan PR1055X
    • Jika anda ingin membuat sulaman kerawang, model-model yang sesuai ialah Brother NV800E, V3SE, VR, PR670E dan PR1055X
    • Sulaman logo, nama, tuala, t-shirt, bunga dan kartun semuanya boleh dilakukan oleh mana-mana mesin sulaman, jadi pilihlah bergantung kepada bajet anda
    • Jika anda banyak membuat sulaman logo atau design dengan BANYAK WARNA, anda mungkin memerlukan model mesin sulam yang ada banyak jarum untuk memudahkan kerja anda, iaitu model Brother PR670E atau Brother PR1055X.
    • Jika anda beginner dan baru bermula untuk menyulam, mungkin model Brother NV180 atau NV180D sesuai untuk anda.

Diharap tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih model-model mesin sulam yang sesuai untuk anda.

Kami adalah Authorized Brother Dealer dan Service Center berpusat di Seksyen 9 Bangi. Anda boleh hubungi kami di talian 012-9289727 jika ada sebarang pertanyaan. Atau lawati website kami untuk melihat produk-produk yang kami ada di www.krafezee.com























Comments