Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ramai pelanggan kami yang membeli mesin sulam dan ingin belajar cara untuk mengira kos sulaman yang di buat. Jadi kami akan cuba kupaskan apa yang anda perlukan untuk mengira kos sulaman logo atau nama yang anda buat.
Secara umumnya sulaman berkomputer boleh di bahagikan kepada 2 jenis dari segi keperluan menggunakan perisian sulaman.
- Tidak memerlukan perisian sulaman seperti nama atau design yang telah di bina di dalam mesin sulam tersebut. Design-design seperti ini boleh terus di pilih dan digunakan tanpa memerlukan perisian sulaman.
- Memerlukan perisian sulaman untuk menukar gambar tersebut ke format yang boleh di baca oleh mesin sulam. Kebiasaanya ini adalah logo, bunga-bunga, kartun dan lain-lain custom design yang tidak di bina siap di dalam mesin sulaman. Kebiasaannya ini di kenali sebagai buat blok atau digitizing dan bergantung kepada kuantiti mungkin ada caj digitizing yang dikenakan. Berdasarkan market research yang kami buat, caj digitizing biasanya di kenakan dalam RM20-RM50 bergantung kepada design tersebut
Untuk mengira kos sulaman pula apa yang anda perlu tahu ialah:
1) Jumlah Stitch / Sulaman.
Jumlah stitch ialah jumlah jahitan pada sulaman tersebut. Ini boleh di dapati dari software sulaman atau pada mesin sulam apabila sulaman tersebut di masukkan ke mesin sulam.
![]() |
| Kesemua software sulam ada menunjukkan berapa jumlah stitch yang akan di gunakan. Software sulaman yang kami gunakan di kenali sebagai CREATIVE DRAWING |
2) Kos benang
Anda semesti perlu tahu kos benang sulaman yang digunakan. Cara yang paling mudah untuk tahu kos benang ialah dengan menimbang berat benang tersebut atau membahagikan harga dengan panjang benang tersebut. Jumlah benang yang digunakan pula boleh di ketahui dari stitch count di atas dan di kalikan dengan kos benang untuk mengetahui jumlah kos benang yang digunakan untuk sesuai sulaman.
3) Kos Kain
Anda juga perlu mengira kos kain backing pengeras sulaman yang di gunakan untuk membuat sulaman tersebut. Jika anda membuat patch, mungkin juga kos kain yang digunakan untuk membuat patch
4) Lain-lain Kos
Antara lain-lain kos yang perlu anda kira juga termasuklah kos.
- Kos sewa premis jika ada
- Kos pekerja jika ada
- Kos penggunaan elektrik
- Kos mesin sulam yang anda beli
Kos-kos ini perlu dimasukkan ke dalam pengiraan kos sulaman anda. Kos ini di panggil kos tetap yang anda perlu bayar setiap bulan tidak kira jika anda beroperasi atau tidak.
5) Kos wastage
Anda juga perlu mengira kos wastage atau barang yang perlu di buat semua akibat kerugian, Kami mencadangkan kos ini di kira pada kadar 5%
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada pengiraan kami, kos yang paling besar untuk sulaman ada kos tetap. Kos bahan seperti benang dan kain adalah amat sedikit berbanding dengan kos tetap.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh whatsapp / call ke 012-9289727 atau lawati website kami untuk melihat produk-produk yang ada di link

Comments
Post a Comment