Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika anda tertanya-tanya apa yang di perlukan untuk membuat sulaman topi dan kasut, kami akan terangkan apa yang di perlukan di siaran kali ini.
![]() |
| Topi yang kami sulam sendiri menggunakan mesin sulam Brother di kedai kami di Bangi Selangor |
Seperti sulaman logo, nama dan lain-lain jenis sulaman, anda memerlukan mesin sulaman. Walaubagaimanapun, untuk meyulam topi dan kasut, tidak semua mesin sulam Brother boleh melakukannya
![]() |
| Contoh topi yang sedang di sulam. Topi tersebut perlu di pasang di jig atau cap frame yang khas |
![]() |
| Contoh sulaman kasut dengan mesin sulam Brother. Untuk menyulam kasut anda memerlukan frame yang di panggil sebagai clamp frame. |
2) Perisian Sulaman
Anda memerlukan perisian sulaman jika anda ingin membuat sebarang design sulaman di topi dan kasut. Untuk nama, kesemua model mesin sulaman datang di lengkapi dengan huruf yang boleh digunakan tanpa memerlukan perisian sulaman.
Kebanyakan logo adalah berbentuk gambar di dalam format *.jpeg, *.PNG, *.bmp. Format ini tidak boleh di baca oleh mesin sulaman kerana tiada maklumat jahitan di dalam format gambar tersebut. Perisian sulaman di gunakan untuk menukar format gambar kepada format sulaman. Untuk mesin sulam Brother, format sulaman yang boleh dibaca oleh mesin sulam ialah *.pes. Proses menukar format ini dikenali sebagai DIGITIZING atau membuat BLOK.
Untuk mendapatkan perisian sulaman yang baik, anda mungkin memerlukan modal yang agak besar. Satu alternatif lain ialah dengan mengupah pembuat blok sulaman untuk membuat logo tersebut. Biasanya blok sulaman di caj dalam RM30-RM50 untuk setiap blok
3) Komputer
Jika ada membeli perisian sulaman, anda akan memerlukan sebuah komputer atau laptop. Spesifikasi komputer yang diperlukan tidaklah berat dan tidak memerlukan grafik kad yang tinggi spesifikasinya
4) Backing Material
Untuk sulaman kasut dan topi, anda tidak memerlukan backing material kerana secara umumnya topi dan kasut sudah cukup keras
5) Benang Sulam
Anda semestinya memerlukan benang sulam. Jangan gunakan benang biasa keranya ianya lebih kasar dan tidak cantuk untuk sulaman. Benang sulam datang dalam 2 jenis saiz secara umumnya iaitu kon 25 gram dan kon 5000 meter. Berdasarkan pengalaman kami, untuk mesin sulaman jenis tegak ini, adalah lebih baik menggunakan benang sulaman kon besar 5000 meter.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di talian 012-9289727 atau lawati website kami di link berikut
www.krafezee.com
Kami adalah AUTHORIZED DEALER DAN SERVICE CENTER Brother International berpusat di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor/





Comments
Post a Comment