Apa Yang Diperlukan Untuk Sulaman Logo dan Nama

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kami seringkali menerima soalan dari pihak pelanggan yang ingin tahu apa yang diperlukan untuk membuat sulaman logo dan nama. Dan juga bagaimana cara untuk membuat sulaman logo dan nama.


Antara jenis-jenis sulaman berkomputer


1) Mesin Sulam

Mana-mana mesin sulam Brother pon boleh digunakan untuk membuat sulaman logo dan nama dengan baik. Apa yang anda perlu ambil kira untuk memilih model mesin sulaman berkomuter yang sesuai ialah


  1. Bajet anda. Harga mesin sulam Brother bermula dari RM3699.00 sehinggalah ke RM51999.00. Pelbagai model ada untuk brand Brother jadi pilihlah mengikut bajet anda kerana kesemua model-model ini boleh digunakan untuk membuat sulaman logo dan nama
  2. Jika anda menjangkakan order yang banyak maka mungkin anda memerlukan mesin sulaman yang lebih laju kelajuan menyulamnya dan juga lebih besar framenya seperti mesin sulam Brother V3SE.

Untuk huraian lebih lanjut berkenaan mesin sulam Brother, sila klik link berikut:


2) Perisian Sulaman

Anda memerlukan perisian sulaman jika anda ingin membuat logo. Untuk nama, kesemua model mesin sulaman datang di lengkapi dengan huruf yang boleh digunakan tanpa memerlukan perisian sulaman. 


Kebanyakan logo adalah berbentuk gambar di dalam format *.jpeg, *.PNG, *.bmp. Format ini tidak boleh di baca oleh mesin sulaman kerana tiada maklumat jahitan di dalam format gambar tersebut. Perisian sulaman di gunakan untuk menukar format gambar kepada format sulaman. Untuk mesin sulam Brother, format sulaman yang boleh dibaca oleh mesin sulam ialah *.pes. Proses menukar format ini dikenali sebagai DIGITIZING atau membuat BLOK. 


Untuk mendapatkan perisian sulaman yang baik, anda mungkin memerlukan modal yang agak besar. Satu alternatif lain ialah dengan mengupah pembuat blok sulaman untuk membuat logo tersebut. Biasanya blok sulaman di caj dalam RM30-RM50 untuk setiap blok




3) Komputer

Jika ada membeli perisian sulaman, anda akan memerlukan sebuah komputer atau laptop. Spesifikasi komputer yang diperlukan tidaklah berat dan tidak memerlukan grafik kad yang tinggi spesifikasinya


4) Backing Material

Backing material adalah bahan untuk mengeraskan kawasan sulaman supaya sulaman yang di buat lebih kemas. Ada juga yang memanggil kain ini sebagai kain keras sulam. Ada beberapa jenis backing material sulaman yang ada


  1. Jenis mudah koyak atau tear away lining
  2. Jenis tidak mudah koyak yang perlu digunting
  3. Jenis mudah cair apabila terkena air. Biasanya digunakan untuk tuala

Kami tidak mencadangkan anda menggunakan lining bergam walaupon boleh digunakan kerana gam pada lining tersebut akan melekat pada jarum dan menggangu sulaman.


5) Benang Sulam

Anda semestinya memerlukan benang sulam. Jangan gunakan benang biasa keranya ianya lebih kasar dan tidak cantuk untuk sulaman. Benang sulam datang dalam 2 jenis saiz secara umumnya iaitu kon 25 gram dan kon 5000 meter.


Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di talian 012-9289727 atau lawati website kami di link berikut

www.krafezee.com


Kami adalah AUTHORIZED DEALER DAN SERVICE CENTER Brother International  berpusat di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor/







Comments