Mesin Jahit Untuk Seluar Slack

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Untuk posting kali ini, kami akan membuat penerangan jenis-jenis mesin jahit industri yang di perlukan untuk menjahit seluar slack



KEDAI JAHITAN BIASA

1) Mesin Jahit Lurus Industri

Seperti pakaian lain, mesin jahit lurus tidak boleh di pisahkan untuk menjahit mana-mana jenis pakaian. Untuk kedai jahitan, kami mencadangkan anda untuk mendapatkan mesin jahit lurus jenis industri. Antara brand-brand terkenal seperti JUKI, Brother, GEMSY dan BRUCE boleh digunakan. 


Model mesin jahit industri lurus JUKI DDL8100e yang sangat popular di kalangan tukang jahit. Model ini sekarang di lengkapi dengan direct drive servo motor yang membolehkan anda mengubah kelajuan menjahit dan juga menjimatkan elektrik anda!

Jika anda baru memulakan perniaagaan menjahit dari rumah dan tidak memiliki modal yang besar untuk memulakan jahitan, anda boleh mendapatkan mesin jahit portable yang murah di bawah RM1000 seperti model-model mesin jahit Brother. Kenapa kami tidak menyarankan mesin jahit portable untuk kedai-kedai jahitan?

  1. Mesin jahit portable secara umumnya perlahan. Kerja menjahit akan lambat siap. Jika tempahan tidak banyak dan baru bermula maka boleh guna mesin jahit portable
  2. Mesin jahit portable perlu direhatkan penggunaan setelah digunakan dalam tempoh 3-4 jam

Antara model mesin jahit portable murah Brother yang popular iaitu Brother JA1450NT. Harga tertera tertakhluk kepada promosi semasa dan boleh berubah tanpa notis.

2) Mesin Jahit Tepi

Anda juga akan memerlukan mesin jahit tepi untuk membuat kemasan pada tepi kain. Kami mencadangkan anda menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 4 benang untuk membolehkan anda membuat jahitan tepi cantuman terus dan menjimatkan masa anda untuk menjahit. Sama seperti mesin jahit lurus, jika mengambil tempahan yang banyak, anda perlu menggunakan mesin jahit industri seperti berikut


Antara model mesin jahit tepi industri 2 jarum 4 benang yang kami cadangkan seperti model GEMSY 7724E yang dilengkapi lampu LED dan direct drive servo motor.


Jika and hanya menjahit dari rumah mesin jahit tepi portable 2 jarum 4 benang seperti berikut juga sesuai dan boleh digunakan untuk membuat jahitan tepi pada seluar slack anda


3) Mesin Jahit Sembat

Mesin jahit sembat biasanya digunakan untuk menjahit kaki keluar slack yang mana jahitannya seakan tidak nampak dari luar seluar. 


Antara jenis-jenis Mesin Jahit Sembat Blindstitch yang ada. Model H-101-M adalah jenis industri siap mejanya manakala model CM500 pula ada jenis portable yang lebih murah lagi harganya. Apa bezanya? Mesin jahit sembat portable lebih perlahan berbanding dengan sembat industri. Biasanya jenis portable digunakan dikedai-kedai menjahit biasa atau untuk alteration yang anda lakukan di shopping mall.


KILANG MENJAHIT SELUAR SLACK

Untuk menjahit seluar slack secara profesional atau nampak macam branded finishingnya dan dalam kuantiti pukal yang banyak, anda akan memerlukan lebih banyak jenis mesin jahit berbanding dengan kedai menjahit yang biasa.


1) Mesin Jahit Lurus Industri

Untuk kilang menjahit pukal, kami mencadangkan anda untuk menggunakan mesin jahit lurus industri berkomputer kerana mesin jahit jahit industri jenis ini datang dengan fungsi autocut benang dan auto untuk mematikan jahitan. Jadi kerja menjahit anda akan menjadi lebih cepat dari biasa. Ini adalah antara model-model jenis mesin jahit industri lurus berkomputer yang ada. Jangan risau, komputer mesin jahit tidak sama dengan komputer lap top anda, ianya tidak mudah rosak seperti lap top komputer anda!


Model mesin jahit lurus industri berkomputer JUKI DDL8000A. Ada juga model-model lain yang lebih murah seperti GEMSY 8959  berharga RM2150.00

Model Mesin Jahit Lurus Industri GEMSY 8959 

2) Mesin Jahit Rantai Dua Jarum atau Mesin Jahit Tepi 2 Jarum 5 Benang

Mesin jahit ini diperlukan untuk membuat jahitan seams cantuman pada seluar slack.

Jahitan di lokasi ini dibuat menggunakan jahitan double chainstitch untuk jahitan yang lebih kukuh. Jahitan ini dipanggil juga jahitan rantai oleh kebanyakan pengguna.



Mesin jahit industri rantai untuk menjahit alteration seluar jeans OKURMA MH3800 2 jarum. 


Jika tidak mahu menggunakan mesin jahit chainstitch di atas, anda boleh juga menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang seperti berikut untuk membuat jahitan tepi cantuman pada seluar slack anda dan juga dengan hasil jahitan yang kukuh.

Jahitan tepi yang digunakan untuk seluar slack trouser. Boleh terus di cantumkan 2 kain di tepi.


Contoh mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang JUKI MO6816S yang boleh digunakan untuk menjahit seluar slack. Model ini tidak sesuai digunakan untuk menjahit tepi pakain biasa seperti baju kurung, baju melayu dan jubah.

3) Mesin Jahit Bartack

Mesin jahit bartack pula digunakan untuk mengukuhkan jahitan di bahagian-bahagian yang mudah terkotak seperti di loop tali pinggang, di kangkang seluar dan di hujung poket. Jahitan ini seolah-olah jahitan zigzag yang amat rapat seperti berikut

Jahitan bartack untuk mengukuhkan lagi jahitan.

Antara contoh mesin jahit industri bartack JUKI LK19000 ASS jenis berkomputer yang boleh membuat banyak jenis jahitan bartack. Terdapat jenis manual yang mana hanya satu atau dua jenis jahitan bartack boleh di buat
Mesin Jahit Industri Bartack


4) Mesin Jahit Belt Loop

Mesin Jahit Belt Loop digunakan untuk menjahit loop tali pinggang di seluar jeans. Jahitannya seakan-akan jahitan coverstitch dan bentuk mesin jahitnya juga adalah seperti mesin jahit interlock coverstitch. 



Contoh mesin jahit industri untuk menjahit belt loop SIRUBA F007K-U613

5) Mesin Jahit Sembat

Mesin jahit sembat biasanya digunakan untuk menjahit kaki keluar slack yang mana jahitannya seakan tidak nampak dari luar seluar. 


Antara jenis-jenis Mesin Jahit Sembat Blindstitch yang ada. Model H-101-M adalah jenis industri siap mejanya manakala model CM500 pula ada jenis portable yang lebih murah lagi harganya. Apa bezanya? Mesin jahit sembat portable lebih perlahan berbanding dengan sembat industri. Biasanya jenis portable digunakan dikedai-kedai menjahit biasa atau untuk alteration yang anda lakukan di shopping mall.


6) Mesin Jahit Butang

Mesin jahit lubang butang atau buttonhole machine ini adalah khas untuk menjahit lubang butang di pakaian yang tidak terlalu tebal seperti t-shirt, kemeja dan seluar slack. Untuk seluar jeans, mesin jahit lubang butang ini tidak berapa sesuai sangat. Anda boleh memilih samada untuk mendapatkan mesin jahit lubang butang biasa atau yang berkomputer. Untuk yang berkomputer, anda boleh memilih lebih banyak fungsi jahitan lubang butang

Mesin jahit lubang butang OKURMA 781



7) Mesin Jahit Pinpoint atau Jelujur

Jahitan jelujur 


Contoh mesin jahit industri jelujur pinpoint chainstitch model OKM DY-AGM-C63


KESIMPULAN

Untuk memulakan bisnes menjahit seluar slack atau jika anda ingin membuka kedai menjahit, anda hanya memerlukan beberapa jenis mesin jahit industri sebagai permulaan iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi dan mungkin juga mesin jahit sembat portable

Tetapi jika anda ingin menjahit seluar slack dengan hasil yang lebih kemas dan nampak berjenama, anda memerlukan beberapa jenis mesin jahit industri yang berlainan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian 012-928927

Atau lawati website kami di www.krafezee.com

Kedai showroom kami terletak di Bandar Baru Bangi. Untuk pembelian mesin jahit industri kami akan melakukan pemasangan, panghantaran dan juga servis selepas jualan

Comments