Mesin Jahit Untuk Seluar Jeans

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Untuk posting kali ini kami akan memberikan jenis-jenis mesin jahit yang diperlukan untuk


  1. Membuat jahitan alteration seluar jeans. Biasa untuk memotong kaki seluar jeans
  2. Membuat production jahitan seluar jeans



ALTERATION SELUAR JEANS

Untuk alteration seluar jeans anda memerlukan mesin jahit lurus untuk menjahit kaki seluar jeans yang telah di potong. Seperti yang kami nyatakan di dalam posting kami yang sebelum ini, jika hendak mengambil tempahan, maka mesin jahit industrilah yang perlu anda gunakan. Tetapi jika hanya ingin membuat alteration untuk seluar jean sendiri, mesin jahit portable juga boleh digunakan


Contoh mesin jahit industri. Ini adalah mesin jahit industri lurus JUKI DDL8000A berkomputer yang dilengkapi dengan fungsi auto matikan jahitan dan auto potong benang. Kelebihannya ialah kerja anda menjadi lebih laju kerana fungsi ini



Ini pula adalah antara contoh mesin jahit portable. Model ini ialah Brother FS60X yang boleh digunakan untuk menjahit kain sehingga 6-7 lapis ketebalan. Jadi Jeans tidak menjadi masalah untuk model ini. Disamping itu model ini ada 60 jenis corak jahitan. Cuma model mesin jahit portable tidak sesuai digunakan untuk menjahit tempahan yang banyak atau pukal ye kerana kelajuannya yang perlahan.


Anda juga mungkin memerlukan mesin jahit rantai (chainstitch sewing machine) 2 jarum untuk kerja-kerja alteration anda. Pada kebiasaannya mesin jahit ini digunakan untuk menjahit sambungan pada tepi seluar jeans atau pada kaki seluar jeans. Pada kebiasaannya pelanggan yang membeli seluar jeans berharga mahal mahukan jahitan yang sama seperti jahitan asal pada seluar tersebut. Jahitan asal pada seluar jeans di kaki dan tepi kebanyakannya adalah jahitan jenis rantai chainstitch seperti berikut. 

Jahitan rantai pada kaki seluar jeans


Jahitan 2 rantai pada bahagian tepi seluar jeans

Mesin jahit industri rantai untuk menjahit alteration seluar jeans OKURMA MH3800 2 jarum. 


Jika anda ingin mengecilkan saiz seluar jeans anda perlukan juga mesin jahit tepi. Untuk menjahit tepi seluar jeans anda akan memerlukan mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang untuk membuat jahitan tepi seperti berikut. Jahitan tepi ini adalah salah satu dari jenis jahitan tepi cantum yang mana anda tidak perlu menggunakan mesin jahit lurus untuk mencantumkan kain. Jahitan chainstitch pada jahitan ini juga adalah lebih kukuh untuk seluar jeans

Jahitan tepi yang digunakan untuk seluar jeans. Boleh terus di cantumkan 2 kain di tepi.


Contoh mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang JUKI MO6816S yang boleh digunakan untuk menjahit seluar jeans. Model ini tidak sesuai digunakan untuk menjahit tepi pakain biasa seperti baju kurung, baju melayu dan jubah.

MENJAHIT SELUAR JEANS

Untuk menjahit produksi seluar jeans secara pukal atau untuk kilang jahitan anda, anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 jenis mesin jahit industri seperti berikut:


1) Mesin Jahit Lurus Industri

Sama seperti membuat alteration anda memerlukan mesin jahit lurus. Untuk menjahit tempahan atau pukal seluar jeans, mesin jahit portable amatlah tidak sesuai disebabkan kekurangan pada mesin jahit portable untuk menjahit pukal. 

Model mesin jahit industri GEMSY 8900 yang murah seperti ini juga boleh digunakan untuk menjahit tempahan seluar jeans 


2) Mesin Jahit Tepi 2 Jarum 5 Benang

Untuk menjahit tepi seluar jeans anda akan memerlukan mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang untuk membuat jahitan tepi seperti berikut. Jahitan tepi ini adalah salah satu dari jenis jahitan tepi cantum yang mana anda tidak perlu menggunakan mesin jahit lurus untuk mencantumkan kain. Jahitan chainstitch pada jahitan ini juga adalah lebih kukuh untuk seluar jeans

Jahitan tepi yang digunakan untuk seluar jeans. Boleh terus di cantumkan 2 kain di tepi.


Contoh mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang JUKI MO6816S yang boleh digunakan untuk menjahit seluar jeans. Model ini tidak sesuai digunakan untuk menjahit tepi pakain biasa seperti baju kurung, baju melayu dan jubah.


3) Mesin Jahit Bartack

Mesin jahit bartack pula digunakan untuk mengukuhkan jahitan di bahagian-bahagian yang mudah terkotak seperti di loop tali pinggang, di kangkang seluar dan di hujung poket. Jahitan ini seolah-olah jahitan zigzag yang amat rapat seperti berikut

Jahitan bartack untuk mengukuhkan lagi jahitan.

Antara contoh mesin jahit industri bartack JUKI LK19000 ASS jenis berkomputer yang boleh membuat banyak jenis jahitan bartack. Terdapat jenis manual yang mana hanya satu atau dua jenis jahitan bartack boleh di buat
Mesin Jahit Industri Bartack

4) Mesin Jahit Belt Loop Making

Mesin Jahit Belt Loop digunakan untuk menjahit loop tali pinggang di seluar jeans. Jahitannya seakan-akan jahitan coverstitch dan bentuk mesin jahitnya juga adalah seperti mesin jahit interlock coverstitch. 



Contoh mesin jahit industri untuk menjahit belt loop SIRUBA F007K-U613


5) Mesin Jahit Eyelet

Mesin Jahit eyelet buttonhole ini diperlukan untuk membuat lubang butang pada seluar jeans. Mesinnya juga adalah seperti mesin lubang butang biasa tetapi eyelet ini lubang butangnya ada bulatan. Jahitan ini di reka khas untuk pakaian yang tebal seperti jeans manakala mesin jahit lubang butang biasa pula sesuai untuk pakaian kain biasa seperti seluar slack. Berikut adalah contoh jahitan lubang butang eyelet

Contoh jahitan lubang butang eyelet yang boleh dilakukan oleh mesin jahit lubang butang eyelet


Contoh mesin jahit industri eyelet buttonhole untuk membuat lubang butang pada seluar jeans. Harganya memang boleh tahan mahal!


6) Mesin Jahit Feed of The Arm Chainstitch

Mesin jahit ini diperlukan untuk membuat jahitan seams cantuman pada seluar jeans. Mesin jahit yang digunakan adalah khas dan di panggil feed of the arm kerana mata giginya yang lebih kasar dan ada roller untuk menarik kain jeans dengan lebih mudah. Mesin jahit ini juga adalah mesin jahit rantai tetapi kebanyakan mesin jahit rantai feed of the arm ini digunakan di kilang menjahit seluar jeans untuk mendapatkan produksi yang lebih cepat berbanding mesin jahit rantai chainstitch biasa. Pada kebiasaanya mesin yang digunakan ialah 3 jarum, tetapi jarumnya boleh juga dikurangkan ke 2 jarum untuk menjimatkan penggunaan benang

Jahitan chainstich pada seluar jeans seperti ni biasanya dibuat menggunakan mesin jahit industri feed of the arm chainstitch


Ini adalah mesin jahit industri feed of the arm chainstitch untuk menjahit seams pada seluar jeans.


7) Lain-lain Peralatan

Berikut pula adalah antara lain-lain peralatan yang juga diperlukan untuk membuat kilang jahitan seluar jeans anda:

  1. Alat untuk memasang butang seluar jeans
  2. Alat untuk memasang rivet pada poket seluar jeans anda
  3. Mesin pemotong kain elektrik
  4. Meja pemotong kain 
  5. Mesin corak atau sulaman jika anda ingin menambah corak2 pada seluar jeans anda

KESIMPULAN

Untuk membuat jahitan alteration seluar jeans, anda hanya memerlukan mesin jahit lurus industri biasa sahaja dan mungkin juga mesin jahit rantai. Tetapi jika anda ingin membuka kilang menjahit seluar jeans, anda memerlukan pelbagai jenis mesin jahit industri yang lengkap dengan modal permulaan yang lebih besar.

Untuk melihat jenis-jenis mesin jahit industri yang kami tawarkan, jom klik link berikut

LIST HARGA MESIN JAHIT INDUSTRI

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di 012-9289727. 


Kedai showroom kami terletak di Bandar Baru Bangi. Untuk pembelian mesin jahit industri kami akan melakukan pemasangan, panghantaran dan juga servis selepas jualan

Comments