Mesin Jahit Untuk Menjahit Baju Kemeja

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Untuk posting kami ini, kami akan memberikan penerangan senarai mesin jahit yang di perlukan untuk menjahit baju kemeja. Kami akan berikan dua pilihan kepada anda iaitu:


  1. Menjahit tempahan baju kemeja di kedai-kedai menjahit.
  2. Menjahit baju kemeja secara pukal di kilang-kilang baju kemeja dengan finishing seperti baju kemeja yang berjenama.


MENGAMBIL TEMPAHAN DI KEDAI MENJAHIT

Untuk mengambil tempahan menjahit baju kemeja di kedai-kedai menjahit dengan kos permulaan yang tidak tinggi, anda hanya memerlukan dua jenis mesin jahit iaitu 


1) Mesin jahit lurus 

Untuk tempahan yang banyak, anda akan memerlukan mesin jahit lurus industri yang membolehkan anda menjahit berterusan tanpa motornya menjahit panas. 

Antara model mesin jahit industri yang paling popular iaitu JUKI DDL8100e. Harga tertera boleh berubah tanpa notis. 


Untuk mengambil tempahan yang kecil mungkin 1-2 pasang baju sehari, mesin jahit portable seperti Brother LX27NT ini boleh juga digunakan untuk menjahit baju kemeja, tapi kuantiti tidak boleh banyak dalam sehari kerana mesin jahit portable hanya boleh digunakan berterusan selama 3-4 jam dan perlu direhatkan sebelum menyambung semula jahit. Apa yang bestnya ialah, anda juga boleh membuat jahitan lubang rumah butang dan juga menjahit butang menggunakan mesin jahit seperti ini. Harga boleh berubah tanpa notis.


2) Mesin jahit tepi 

Jika anda ingin mengambil tempahan yang banyak, anda juga memerlukan mesin jahit tepi industri. Kami cadangkan anda menggunakan mesin jahit industri 2 jarum 4 benang untuk membolehkan anda membuat jahitan tepi cantum dan juga jahitan tepi biasa jika diperlukan.

Antara model mesin jahit tepi industri GEMSY 7724E 2 jarum 4 benang yang boleh digunakan untuk membuat jahitan tepi cantum. Harga boleh berubah tanpa notis.



Jika tempahan yang anda ambil tidak banyak dan baru memulakan bisnes menjahit kecilan, model mesin jahit tepi Brother 2104D juga boleh digunakan untuk menjahit tepi pada kemeja, syaratnya kuantiti yang di jahit tidak terlalu banyak ye. Harga boleh berubah tanpa notis.


Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana pula dengan menjahit butang dan lubang butang? Untuk menjahit butang dan lubang butang, anda boleh mengupah kedai-kedai yang membuat perkhidmatan ini untuk melakukannya. Pada kebiasaannya upah untuk satu butang ialah dalam RM0.20-RM0.50 sahaja. Walau bagaimanapun, cara ini mungkin melambatkan kerja ada untuk menyiapkan tempahan baju anda. 


MESIN JAHIT UNTUK KILANG MENJAHIT BAJU KEMEJA

1) Mesin Jahit Lurus Industri

Untuk menjahit pukal di kilang baju kemeja, anda semesti memerlukan mesin jahit lurus industri. Mesin jahit portable amatlah tidak sesuai untuk digunakan menjahit secara pukal. Selain dari mesin jahit industri lurus yang biasa, anda juga boleh mempertimbangkan model-model mesin jahit lurus industri yang berkomputer di mana model-model ini boleh memotong benang dan mematikan jahitan secara automatik selepas jahitan habis dibuat. Dengan ini kerja menjahit anda akan lebih pantas dan cepat di siapkan. Contohnya adalah seperti di bawah


Model mesin jahit lurus berkomputer GEMSY 8959 yang dengan fungsi autocut dan autolockstitch. Saksikan video mesin jahit ini di bawah




2) Mesin Jahit Pinpoint / Jelujur Industri

Mesin jahit jelujur atau pinpoint biasanya digunakan untuk menjahit di bahagian depan baju kemeja. Jahitannya sekata jarak dan mata jahitannya seperti berikut.

Jahitan jelujur 

Contoh mesin jahit industri jelujur pinpoint chainstitch model OKM DY-AGM-C63


3) Mesin Jahit Butang Industri

Mesin jahit butang adalah khas untuk menjahit butang. Kebiasanyaan minima yang diperlukan ialah untuk menjahit butang lubang dua dan lubang 4. 


Ini adalah contoh mesin jahit butang OKURMA 1377





4) Mesin Jahit Lubang Butang Industri

Mesin jahit lubang butang atau buttonhole machine ini adalah khas untuk menjahit lubang butang di pakaian yang tidak terlalu tebal seperti t-shirt, kemeja dan seluar slack. Untuk seluar jeans, mesin jahit lubang butang ini tidak berapa sesuai sangat. Anda boleh memilih samada untuk mendapatkan mesin jahit lubang butang biasa atau yang berkomputer. Untuk yang berkomputer, anda boleh memilih lebih banyak fungsi jahitan lubang butang

Mesin jahit lubang butang OKURMA 781




5) Mesin Jahit Industri Rantai 2 Jarum Feed of The Arm

Mesin jahit rantai ini diperlukan untuk membuat jahitan seams cantuman pada tepi kemeja. Mesin jahit yang digunakan adalah khas dan di panggil feed of the arm kerana mata giginya yang lebih kasar dan ada roller untuk menarik kain kemeja dengan lebih mudah. Mesin jahit ini juga adalah mesin jahit rantai tetapi kebanyakan mesin jahit rantai feed of the arm ini digunakan di kilang menjahit kemeja untuk mendapatkan produksi yang lebih cepat berbanding mesin jahit rantai chainstitch biasa. Pada kebiasaanya mesin jahit untuk kemeja yang digunakan ialah 2 jarum.


Jahitan 2 line rantai atau double chainstitch biasanya digunakan di tepi baju kemeja dan cantuman lengan ke badan baju untuk hasil jahitan yang lebih kukuh


Ini adalah mesin jahit industri feed of the arm chainstitch untuk menjahit seams pada kemeja.


6) Mesin Jahit Industri Rantai 2 Jarum

Alternatif lain kepada feed of the arm ialah mesin jahit rantai 2 jarum yang biasa dengan hasil jahitan rantai yang sama cuma mungkin produksi rate anda tidak akan selaju jenis feed of the arm 

Jahitan 2 rantai pada bahagian tepi seluar jeans

Mesin jahit industri rantai untuk menjahit alteration seluar jeans OKURMA MH3800 2 jarum. 


Anda juga mendapat mesin jahit lurus industri biasa model 2 jarum 


KESIMPULAN

Untuk memulakan bisnes menjahit, anda hanya memerlukan 2 mesin jahit sebagai permulaan iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi

Tetapi jika anda ingin membuat baju kemeja dengan hasil yang lebih kemas dan nampak berjenama, anda memerlukan beberapa jenis mesin jahit industri yang berlainan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian 012-928927

Atau lawati website kami di www.krafezee.com

Kedai showroom kami terletak di Bandar Baru Bangi. Untuk pembelian mesin jahit industri kami akan melakukan pemasangan, panghantaran dan juga servis selepas jualan

Comments