Mesin Jahit Untuk Jahit Baju T-Shirt Polo

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Anda nak memulakan bisnes menjahit baju T-shirt polo? Tidak pasti mesin jahit apa yang diperlukan untuk menjahit sehelai baju polo? Baiklah untuk posting kali ini kami akan menyenaraikan jenis-jenis mesin jahit yang di perlukan untuk menjahit sehelai baju T-shirt polo. 


Berikut adalah gambarajah baju polo T-shirt secara umumnya. Kami akan menjelaskan jenis mesin jahit yang diperlukan untuk menjahit setiap kedudukan yang kami tandakan.



NOMBOR 1 - JAHIT LURUS

Kedudukan nombor satu pada baju T-shirt polo di jahit menggunakan mesin jahit lurus. Mesin jahit lurus portable atau industri boleh digunakan bergantung kepada volume jahitan yang di perlukan. 


Mesin Jahit Lurus Industri JUKI DDL8100e Dengan Servo Motor

Mesin Jahit Lurus Industri Berkomputer JUKI DDL8000A. Kelebihan mesin jahit lurus industri berkomputer ialah ianya boleh memotong benang dan mematikan jahitan secara auto. Jadi kerja lebih pantas dan sangat sesuai untuk produksi menjahit dengan output tinggi. 

Mesin Jahit Portable seperti Model Brother LX17NT ini juga boleh digunakan untuk menjahit t-shirt. Tetapi tidak sesuai untuk digunakan jika membuat T-shirt secara pukal atau kuantiti yang banyak ye

NOMBOR 2 - JAHIT TEPI

Kedudukan nombor 2 ialah kedudukan jahitan tepi. Untuk jahitan tepi t-shirt polo, mesin jahit tepi dengan 2 jarum dan 4 benang perlu digunakan. Pada kebiasannnya 2 jarum dan 4 benang di gunakan untuk menjahit tepi cantuman, bermakna anda hanya buat kerja sekaligus. Tidak perlu tindan dengan jahitan lurus

Hasil jahitan tepi 2 jarum 4 benang. Digunakan untuk mencantum 2 kain di tepi terus!


Contoh mesin jahit tepi 2 jarum 4 Benang GEMSY 7724E

Contoh mesin jahit tepi portable Brother 2104D. Mesin jahit tepi ni ada 2 jarum 4 benang. Yang bestnya mesin jahit tepi ni juga boleh diset untuk jahitan 1 jarum 3 benang untuk jahit tepi biasa 

NOMBOR 3 - MESIN JAHIT LUBANG BUTANG

Baju polo T-shirt memang perlu ada butang. Jadi anda perlu ada mesin jahit untuk membuat lubang butang. Jika nak menjahit secara pukal, anda perlu ada mesin jahit lubang butang industri, tetapi harganya agak mahal, ada sesetengah kedai yang boleh melakukan khidmat menjahit lubang butang sahaja. Mungkin itu adalah cara paling jimat kos jika anda baru ingin bermula menjahit baju t-shirt polo.


Mesin jahit lubang butang jenis industri. Harganya agak mahal. Hanya satu jenis jahitan butang sahaja yang boleh di buat. Tetapi jika hendakkan pelbagai jenis paten lubang butang, boleh juga dapatkan mesin jahit industri lubang butang berkomputer, Harganya pula lebih mahal dari mesin jahit industri lubang butang biasa ini. 


Mesin jahit portable seperti model Brother A150 ini boleh menjahit biasa dan juga membuat jahitan luabng butang. Model-model mesin jahit berkomputer ini boleh membuat sehingga 10 jenis paten jahitan lubang butang pada pakaian. Tetapi mesin jahit portable seperti ini tidak sesuai jika anda hendak menjahit baju t-shirt polo secara pukal

NOMBOR 4 - MESIN JAHIT BUTANG

Anda juga akan memerlukan mesin untuk menjahit butang pada baju t-shirt polo anda. Jika jahitan adalah secara pukal anda tetap memerlukan mesin jahit butang industri seperti berikut


Mesin jahit butang industri seperti ini membolehkan anda menyiapkan jahitan dengan cepat. Pastikan mesin jahit industri anda beli boleh membuat jahitan butang untuk butang lubang 4 dan butang lubang dua ye. 

Mesin jahit portable seperti model Brother LX27NT ini juga boleh membuat jahitan butang dengan menggunakan paten zig zag dan tapak jahitan butangnya. Tetapi seperti yang kami maklumkan sebelum ni, untuk jahitan pukal, mesin jahit portable tidak sesuai untuk digunakan.

NOMBOR 5 - MESIN JAHIT FLATLOCK COVERSTITCH / PIPING

Untuk kedudukan no 5 ini, bergantung kepada apa yang anda ingin jahit, ada 3 jenis mesin jahit yang anda boleh gunakan. 


Cara Pertama: Jika anda ingin menjahit piping ke lengan ini, mesin jahit industri yang perlu anda guna ialah mesin jahit piping dikenali juga sebagai mesin jahit flatlock coverstitch flatbed. Mesin ini datang dengan alat untuk memasang piping

Mesin jahit industri flatlock coverstich yang boleh digunakan untuk menjahit piping getah ke lengan baju t-shirt. Ini akan memberikan jahitan yang nampak "sekata" dan flat pada cantuman piping dan kain lengan 

Cara Kedua: Jika anda ingin menjimatkan kos mencantum piping ke lengan baju itu, anda juga boleh menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 4 benang seperti di kedudukan No 2! 


Cara Ketiga: Cara ini juga boleh menjimatkan kos, tetapi tiada piping yang digunakan. Hanya perlu menggunakan mesin jahit interlock coverstitch jenis cylinder bed pada kedudukan ini. Mesinnya seakan mesin flatlock coverstitch di Cara Pertama.


Mesin Jahit industri interlock coverstitch dengan cylinder bed.


NOMBOR 6 - MESIN JAHIT INTERLOCK COVERSTITCH

Untuk kedudukan nombor 6 ini, ada 2 jenis mesin jahit yang boleh digunakan bergantung kepada jenis jahitan yang anda ingin buat. Secara umumnya kedudukan nombor 6 ini adalah lebih kurang dengan kedudukan nombor 5 pada t-shirt polo


Cara Pertama: Jika anda ingin menjahit piping ke lengan ini, mesin jahit industri yang perlu anda guna ialah mesin jahit piping dikenali juga sebagai mesin jahit flatlock coverstitch flatbed. Mesin ini datang dengan alat untuk memasang piping

Mesin jahit industri flatlock coverstich yang boleh digunakan untuk menjahit piping getah ke lengan baju t-shirt. Ini akan memberikan jahitan yang nampak "sekata" dan flat pada cantuman piping dan kain lengan 


Cara Kedua: Cara ini juga boleh menjimatkan kos, tetapi tiada piping yang digunakan. Hanya perlu menggunakan mesin jahit interlock coverstitch jenis cylinder bed pada kedudukan ini. Mesinnya seakan mesin flatlock coverstitch di Cara Pertama.


Mesin Jahit industri interlock coverstitch dengan cylinder bed


Mesin jahit coverstitch portable seperti Brother CV3550 ini juga boleh digunakan untuk menjahit coversttich pada t-shirt polo, tetapi ianya tidak sesuai untuk menjahit secara pukal.


KESIMPULAN

Secara umumnya, anda boleh menggunakan mesin jahit portable atau mesin jahit industri untuk menjahit t-shirt polo. Pemilihan adalah bergantung kepada volume jahitan anda. Jika anda menjahit secara pukal, maka mesin jahit industrilah yang paling sesuai. Jika anda menggunakan mesin jahit portable, anda akan mengalami pelbagai masalah untuk menyiapkan tempahan anda kerana mesin jahit portable adalah perlahan dan tidak boleh digunakan berterusan tanpa henti. Untuk membaca perbezaan mesin jahit portable dan mesin jahit industri anda boleh baca di link berikut: BEZA MESIN JAHIT PORTABLE DAN MESIN JAHIT INDUSTRI


Kami berharap, penulisan kami ini membantu anda untuk memilih mesin jahit yang sesuai untuk menjahit baju-shirt polo anda. Pada pandangan kami, jika anda baru ingin memulakan bisnes menjahit baju t-shirt polo, minima mesin jahit yang perlu ada ialah 


  1. mesin jahit lurus
  2. mesin jahit tepi 
  3. mesin jahit interlock coverstitch


Dengan 3 mesin di atas, anda boleh memulakan jahitan dengan kos minima. Untuk lubang butang dan menjahit butang, anda boleh mencari tempat-tempat yang menerima tempahan jahitan lubang butang dan menjahit butang. Kosnya biasanya ialah RM1-2 untuk setiap baju. Jadi anda boleh jimat kos membeli mesin jahit butang dan mesin jahit lubang butang kerana kos kedua-dua mesin jahit ini agak tinggi.


Untuk sebarang persoalan anda boleh whatsapp/call 012-9289727 En Rafizi


Untuk datang ke kedai kami di Seksyen 9 Bangi, hanya WAZE KRAF EZEE. KRAF EZEE juga adalah AUTHORIZED DEALER DAN SERVICE CENTER untuk mesin jahit portable Brother


Untuk melihat mesin jahit industri atau mesin jahit portable yang kami ada, boleh lawati website kami di link berikut

MESIN JAHIT PORTABLE



Comments