Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Antara soalan paling popular yang kami selalu dapat ialah "Saya ingin mencari mesin jahit untuk beginner baru nak belajar menjahit". Pada pandangan kami, jika anda baru belajar menjahit dan baru ingin melangkah dalam dunia jahitan, mesin jahit jenis portable adalah yang paling sesuai untuk anda. Kenapa kami katakan begini ialah
- Secara umumnya kos mesin jahit portable lebih murah dari jenis yang industri. Jika rancangan anda untuk menjahit dan jual pakaian tidak menjadi, kos hangusnya tidaklah terlalu besar
- Jika anda mengambil tempahan, kemungkinan besarnya tidak banyak sangat tempahan pada permulaannya. Jika anda membeli mesin jahit portable dari brand terkemuka seperti Brother, sudah memadai untuk menjahit 2-3 pasang sehari. Kosnya juga jauh lagi rendah dari mesin jahit industri
- Jika tujuan anda membeli mesin jahit hanyalah untuk menjahit pakaian yang koyak dan jarang2 digunakan, mesin jahit portablelah jawapan untuk anda. Kenapa perlu membelanjakan duit yang banyak untuk model2 mesin jahit industri yang lebih mahal jika penggunaan menjahit adalah minima.
- Kelajuan mesin jahit portable juga adalah perlahan berbanding mesin jahit industri. Secara umumnya kelajuan mesin jahit portable hanyalah di dalam 800 - 1100 spm berbanding dengan mesin industri yang biasanya berkelajuan minima 3000 spm. Jadi untuk yang baru belajar menggunakan mesin jahit, mesin jahit portable mudah untuk di kawal berbanding mesin jahit industri
- Padangan yang mengatakan mesin jahit portable tidak tahan juga tidak begitu tepat. Jika anda membeli brand yang terkemuka seperti Brother dari Jepun ini, mesinnya tahan lama dan tidak mudah rosak dengan syarat jangan guna berterusan berjam-jam tanpa stop. Tetapi jika anda membeli mesin jahit mini dari Shopee, maaf kami katakan, memanglah mesin jahit seperti ini tidak tahan lama.
Jadi anda mungkin tertanya-tanya model mesin jahit yang macam mana sesuai untuk beginner? Mungkin anda keliru kerana ada banyak brand dan model mesin jahit. Kami cadangkan anda untuk mencari brand mesin jahit seperti Brother, JUKI, Singer untuk digunakan. Harga minima biasanya RM500 ke RM1000 sudah memadai untuk beginner yang baru mula menjahit. Nak pilih model mana terpulanglah kepada citarasa tuan/puan mengikut keperluan menjahit. Di Kraf Ezee kami mencadangkan model mesin jahit Brother kerana kualiti mesinnya bagus dan spare partnya mudah di dapati. Ye jangan lupa bab after sale servis ye. Pastikan mudah nak dapatkan spare part.
Antara persoalan lain yang kami selalu terima juga adalah seperti berikut
- Adakah boleh guna untuk jahit jeans dan langsir. Jawapan: ye boleh sahaja untuk jeans 2 lapis dan langsir. Tiada masalah, pastikan jarum mesin jahit ditukar ke saiz yang tebal seperti size 16 @ 18
- Tahan lama ke tak? Jawapan: kadang2 ada customer kami yang bawa mesin jahit brand Brother dah berusia 20 tahun untuk servis biasa. Tahan kan? Kami tidak mengatakan semua model akan tahan 20 tahun, tetapi kami pasti paling-paling kurang anda boleh guna untuk tempoh 5-10 tahun jika mesin jahit nya di jaga dengan baik dan bukanlah mesin jahit yang jenis harga bawah RM500
- Ada tak mesin jahit portable HEAVY DUTY? Jawapannya secara umumnya TIADA. Pada pandangan kami, heavy duty ialah mesin jahit industri yang mana boleh digunakan berterusan berjam-jam tanpa motornya jadi panas. Jika mesin jahit portable, motornya jauh lebih kecil walaupon di katakan HEAVY DUTY dan masih tetap tidak boleh digunakan berterusan berjam-jam tanpa merosakkan motornya. Kebiasanyaan mesin jahit portable yang di panggil HEAVY DUTY hanyalah dilengkapi dengan motor yang sedikit kuat dari motor mesin jahit portable biasa tetapi masih tidak boleh digunakan berterusan berjam-jam seperti mesin jahit industri. Perbandingannya dari segi kelajuan juga adalah jauh berbeza seperti berikut:
- Kelajuan mesin jahit portable biasa 700-900 spm
- Kelajuan mesin jahit portable HEAVY DUTY 1000-1200 spm
- Kelajuan mesin jahit industri 3000-5000 spm.
Berikut adalah antara model-model mesin jahit Brother yang kami cadangkan untuk beginner yang berharga kurang dari RM1000.00. Perbezaan antara ketiga-tiga model ini
Dari segi keupayaan menjahit, ketiga-tiga model ini boleh digunakan untuk mejahit pakaian biasa, jeans 2 lapis dan langsir. Sama sahaja dari segi keupayaannya cuma corak jahitana pada mesin jahit sahaja yang berbeza. Kesemua mesin-mesin jahit portable ini boleh digunakan berterusan selama 3-4 jam sebelum perlu direhatkan.
- Harga yang lebih tinggi ada lebih banyak corak jahitan
- Model LX27NT mudah untuk membuat lubang butang dengan hanya 1 step sahaja, mesin jahitnya auto membuat lubang butang
Harga tertera adalah sah mengikut tempoh offernya ye. Untuk harga terkini klik link berikut:
![]() |
| Mesin Jahit Brother JA1450NT. Ini adalah model paling basic yang popular untuk mereka yang mahukan jahitan yang simple sahaja. Model mesin jahit ini ada 14 jenis jahitan dengan cara membuat lubang butang 14 langkah. |
![]() |
| Mesin Jahit Brother JK17B. Ini adalah model mesin jahit pertengahan untuk beginner. Ciri menarik Ada 17 jenis jahitan Cara membuat lubang butang 4 langkah |
![]() |
| Mesin Jahit Brother LX27NT. Ini adalah antara model paling popular kerana: Ada 27 jenis paten jahitan Boleh buat lubang butang dengan sangat mudah, tekan je pedal mesin jahit akan membuat lubang butang mengikut saiz butang dengan automatik Lebar jahitan zig zag dan jarak mata jahitan boleh diubah laras |
Kami ringkaskan perbandingan model-model mesin jahit Brother seperti berikut (SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)
![]() |
| Perbandingan model dan spesifikasi mesin jahit portable lurus Brother di antara Brother JA1450NT, Brother JK17B dan Brother LX27NT (SILA KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS) |
Jadi kenapa kami tak rekomen model2 mesin jahit murah sangat. Mudah sahaja, kualitinya tidak bagus dan tiada spare part dalam pasaran.
Kami juga ada membuat kupasan perbezaan jenis-jenis mesin jahit portable dan mesin jahit industri di satu lagi pos blog kami iaitu PERBEZAAN MESIN JAHIT PORTABLE DAN INDUSTRI.
Untuk melihat harga terkini mesin jahit portable elektrik yang kami ada boleh lawati website kami di link berikut atau hubungi kami di 012-9289727. Kedai kami terletak di seksyen 9 Bandar Baru Bangi jika anda nak melihat model2 mesin jahit ni. Kami juga adalah Authorized Dealer dan Service Center Brother.





Comments
Post a Comment