Mesin Jahit Untuk Baju Kurung dan Jubah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jika anda mahu mulakan bisnes menjahit baju kurung atau anda ingin menjahit baju kurung untuk kegunaan sendiri, mungkin anda tertanya-tanya mesin jahit apa yang anda perlukan. Untuk menjahit baju kurung, mesin jahit yang and perlukan tidaklah banyak seperti untuk menjahit baju t-shirt polo.




Mesin jahit yang anda perlukan untuk menjahit baju kurung atau jubah adalah seperti berikut:


A) Mesin Jahit Lurus

Jika anda ingin membuat jahitan pukal, maka pilihlah mesin jahit lurus industri dengan brand seperti JUKI, Bruce atau GEMSY. Jika anda hanya ingin menjahit untuk kegunaan sendiri baju kurungnya atau tempahan yang tak banyak, boleh je anda gunakan mesin jahit portable mudah alih untuk menjahit baju kurung


Contoh mesin jahit lurus industri GEMSY 8802E yang siap dengan lampu LED dan direct drive servo motor. Mesin jahit industri seperti ini hanya memilik 1 jenis jahitan sahaja, berkelajuan tinggi dan memang khas untuk menjahit tempahan secara pukal. 


Contoh mesin jahit lurus portable mudah alih elektrik Brother FS60X. Mesin jenis ini tiada meja dan sesuai untuk kegunaan di rumah. Oh model ni juga boleh menjahit kain agak tebal setebal 6-7 lapis kain. Coraknya banyak juga sebanyak 60 jenis corak jahitan.


B) Mesin Jahit Tepi

Anda wajib memiliki mesin jahit tepi juga jika ingin menjahit baju kurung dan jubah. Tanpa mesin jahit tepi, kain yang anda jahit akan terpecah di hujung kain dan tidak akan tahan lama serta tidak kemas. Seperti mesin jahit lurus juga, jika anda mengambil tempahan pukal yang banyak, maka mesin jahit industri lebih sesuai manakala jika hanya menjahit kegunaan sendiri atau tempahan yang sedikit, mesin jahit tepi portable mudah alih sudah memadai. Contoh-contoh mesin jahit tepi adalah seperti berikut


Mesin Jahit Tepi Industri GEMSY 7724E. 2 jarum dan 4 benang boleh digunakan juga untuk 1 jarum 3 benang jahitan tepi biasa. Model ini lengkap dengan lampu LED dan juga direct drive servo motor. Ianya berkelajuan tinggi dan sesuai untuk membuat tempahan pukal.


Mesin Jahit Tepi Portable Brother 2104D. Mesin jahit tepi portable seperti ini biasanya boleh membuat pelbagai jenis jahitan tepi seperti jahitan tepi biasa, jahitan tepi halus dan jahitan tepi cantum. Tapi mesin jahit portable berkelajuan rendah dan sesuai untuk digunakn dirumah atau untuk tempahan yang tidak banyak.



C) Lain-lain Mesin Jahit atau Peralatan

Dengan mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi, anda sudah boleh menjahit baju kurung atau jubah. Walaubagaimana pun ada beberapa jenis mesin dan peralatan lagi yang mungkin boleh membantu anda untuk menambahbaik design baju kurung anda seperti berikut:


1) Mesin Jahit Sembat

Mesin jahit sembat digunakan untuk membuat jahitan lipat pada hujung kain yang mana jahitannya tidak berapa kelihatan di luar kain. Biasanya digunakan pada hujung seluar slack tetapi ada juga yang digunakan pada kaki kain baju kurung

Contoh mesin jahit sembat TONY yang boleh digunakan untuk mengambil tempahan jahitan. Mesin jahit seperti ini banyak digunakan di alteration seluar


Mesin Jahit Portable Brother LX27NT ini juga boleh membuat jahitan sembat. Paten jahitannya ada dan perlu digunakan bersama dengan tapak sembatnya


2) Mesin Sulam

Jika anda ingin membuat perhiasan atau menambah corak pada baju kurung atau jubah anda secara ekslusif, anda mungkin memerlukan mesin sulaman untuk membuat corak-corak perhiasan sendiri yang ekslusif kepada anda. Apa yang anda perlukan hanyalan mesin sulaman dan perisian sulaman untuk membuat design anda sendiri


Contoh mesin sulaman yang paling basic

Contoh mesin sulam Brother V3SE

Contoh mesin sulam dengan banyak jarum Brother PR1055X



3) Steam Press atau Alat Pemanas

Selain mesin-mesin jahit atau mesin sulam di atas, anda juga memerlukan seterika atau steam press untuk melekatkan kain gam ke baju kurung anda atau menampal batu manik ke baju kurung anda. Minima anda perlu ada seterika ye.


Steam Press OKURMA 810EL yang boleh digunakan untuk menampal mank


KESIMPULAN

Anda tidak memerlukan terlalu banyak mesin jahit untuk memulakan jahitan baju kurung. Paling minima anda perlu ada mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi sahaja di samping ada seterika. Sudah memadai untuk memulakan jahitan baju kurung. 

Untuk melihat mesin-mesin jahit yang ada, jom lawati website kami di www.krafezee.com

Atau Hubungi kami di 012-9289727 untuk pertanyaan lanjut.

Kedai kami terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan kami adalah Authorized Dealer dan Service Center untuk mesin jahit Brother



Comments