Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika anda ingin menjahit tudung atau telekung, anda mungkin tertanya-tanya mesin jahit apa yang anda perlukan. Untuk menjahit tudung, secara umumnya hanya 2 jenis mesin jahit yang anda perlukan iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi. Untuk mesin jahit tepi, ada beberapa pilihan jenis jahitan tepi yang anda boleh pilih untuk buat. Kami huraikan di bawah.
1) Mesin Jahit Lurus
Seperti mana yang kami nyatakan di dalam posting kami yang lain, jika anda ingin menjahit tudung atau telekung secara pukal, anda memerlukan mesin jahit industri. Jika tidak, anda tidak akan dapat menyiapkan tempahan anda dengan segera. Tetapi jika anda hanya ingin menjahit tudung anda sendiri atau mengambil tempahan yang tidak banyak, mesin jahit portable pon sudah memadai untuk anda gunakan di rumah.
![]() |
| Mesin Jahit Lurus Industri GEMSY. Siap ada lampu LED dan boleh laras kelajuan menjahit dengan mudah. MESIN JAHIT LURUS INDUSTRI |
![]() |
| Mesin Jahit Portable Brother JK17B yang mudah dan simple ini boleh juga digunakan untuk menjahit telekung. MESIN JAHIT LURUS PORTABLE |
2) Mesin Jahit Tepi
Mesin jahit tepi adalah satu kemestian juga untuk anda menjahit tudung dan telekung, Jika tidak, tudung atau telekung anda tidak akan nampak menarik. Pada kebiasaannya, ada 3 jahitan tepi yang biasanya digunakan iaitu, jahitan tepi halus, jahitan kelim lipat dan juga jahitan interlock coverstitch. Walaubagaimanapun, sebenarnya ada banyak pilihan lain jika anda mahu dan kami sertakan di sini beberapa pilihan jahitn tepi lain yang anda boleh pertimbangkan bergantung kepada keperluan projek anda dan bajet yang anda miliki.
Seperti juga mesin jahit lurus, jika anda menjahit secara pukal, anda memerlukan mesin jahit tepi industri kerana ianya berkelajuan tinggin dan lebih heavy duty. Jika anda menjahit untuk pakaian sendiri atau tempahan yang tidak banyak, mesin jahit tepi portable sudah memadai.
a) Jahit Tepi Halus
Ini adalah antara jenis jahitan tepi tudung yang paling popular dan mudah untuk di buat. Tetapi jahitan tepi ini kami tidak pernah nampak digunakan untuk telekung. Pada kebiasaannya hanya pada tudung. Digunakan pada jenis-jenis kain tertentu, coraknya akan menjadi beralun dan cantik.
![]() |
| Ini adalah corak jahitan tepi halus pada tepi tudung |
![]() |
| Mesin Jahit Tepi Halus Industri JUKI MO6804S. Untuk mesin jahit tepi halus industri, kami mencadangkan anda untuk memilih mesin jahit 1 jarum dan 3 benang dan berkelajuan minima 6000 spm untuk mendapatkan hasil yang kemas dan padat. Untuk pengetahuan anda, mesin jahit tepi halus adalah mesin jahit tepi biasa yang telah ditukar tapaknya untuk mendapatkan jahitan tepi halus. MESIN JAHIT TEPI HALUS INDUSTRI |
![]() |
| Mesin Jahit Tepi Portable Brother 2104D ini boleh membuat jahitan tepi halus yang paling kemas di antara model2 mesin jahit tepi halus portable. Kelebihan mesin jahit tepi portable ialah anda boleh menukar jenis jahitan tanpa menyebabkan jahitannya menjadi tidak cantik. MESIN JAHIT TEPI PORTABLE |
b) Jahit Kelim Tepi Lipat
Jahitan kelum tepi lipat juga adalah popular dan senang untuk dibuat. Untuk membuat jahitan tepi seperti ini anda hanya memerlukan mesin jahit lurus dan tapak kelim lipat yang sesuai untuk mesin jahit tersebut. Anda tidak memerlukan mesin jahit tepi untuk membuat jahitan seperti ini.
![]() |
| Jahitan Kelim Tepi Lipat |
![]() |
| Tapak kelim tepi untuk mesin jahit lurus portable |
![]() |
| Tapak kelim tepi lipat mesin jahit lurus industri. Saiz boleh di dapati dari 1.6mm ke 6.4 mm pada kebiasaannya |
c) Jahit Tepi Coverstitch
Jahitan tepi kelim coverstitch juga adalah antara jenis jahitan tepi yang popular di pasaran. Jika anda menjahit t-shirt anda mungkin biasa melihat jahitan tepi coverstitch ini pada t-shirt.
![]() |
| Jahitan coverstitch. Kebiasanyanya untuk tudung hanya 2 line di atas digunakan |
![]() |
| Mesin Jahit Tepi Kelim Interlock Coverstitch Bruce dari jenis flatbed. Anda juga boleh menggunakan mesin jahit tepi interlock coverstitch jenis cylinder bed untuk membuat jahitan tepi tudung ini. Secara umumnya mesin jenis flatbed lebih murah dari cylinder bed. Mesin jahit tepi interlock cyclinder bed banyak digunakan untuk menjahit tepi lengan t-shirt MESIN JAHIT INTERLOCK COVERSTITCH INDUSTRI |
![]() |
| Mesin Jahit Tepi Coverstitch Portable Brother CV3550 ini boleh juga digunakan untuk membuat jahitan tepi interlock coverstitch pada tudung INTERLOCK COVERSTITCH SEWING MACHINE |
d) Jahit Tepi Eyelash
Jahitan tepi eyelash adalah jahitan tepi tudung yang agak baru di pasaran. Trend ini agak popular sejak 3-4 tahun yang lepas untuk perhiasan di tudung yang eklusif. Mesin jahit yang perlu digunakan juga adalah amat spesifik kepada jahitan ini. Kami harus maklumkan, tidak semua jenis kain sesuai untuk digunakan pada mesin jahit ini. Hanya beberapa jenis kain sahaja yang sesuai. Oleh sebab itu, jika anda perhatikan di pasaran, tidak banyak jenis kain yang dijahit dengan jahitan tepi eyelash ini.
Disamping itu harga mesin jahit tepi ini juga adalah sangat mahal berbanding mesin jahit tepi jenis lain
![]() |
| Jahitan tepi eyelash |
![]() |
| Jahitan tepi eyelash. |
![]() |
| Mesin Jahit Tepi Eyelash Picot. Untuk melihat spesifikasi penuh mesin ini boleh lawati website kami di link berikut KLIK untuk melihat spesifikasi dan video mesin jahit tepi EYELASH |
e) Jahit Tepi Picot Chainstitch
Jahitan tepi untuk tudung ini agak unik dah tidak banyak dijumpai. Hasilnya cantik dan nampak eklusif. Tidak banyak jahitan tepi ini yang ada di pasaran untuk tudung disebabkan harga mesinnya yang boleh tahan tinggi. Jadi mungkin ini peluang anda untuk membuat tudung yang ekslusif. Mesin jahit yang digunakan adalah spesifik kepada jahitan ini sahaja.
![]() |
| Jahitan tepi picot chainstich pada tudung. |
![]() |
| Mesin jahi picot hemstitch Siruba Z0008. Bentuknya seakan-akan mesin jahit interlock coverstitch. Untuk melihat spesifikasi mesin ini klik link di bawah KLIK untuk melihat spesifikasi mesin jahit picot chainstitch ini |
f) Jahit Tepi Bersulam
Dengan menggunakan mesin sulaman, anda boleh membuat design jahitan tepi seakan lace di tepi tudung atau telekung anda yang ekslusif kepada anda. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah mesin sulam dan perisian sulaman yang sesuai untuk anda membuat designnya. Kami anda membuat penerangan untuk memilih mesin sulam yang sesuai bagi membuat kerawang di pakaian di link berikut:
https://www.mesinjahitsulam.com/2021/05/memilih-mesin-sulam-kerawang-pada-baju.html

Sulaman bunga dan kerawang pada telekung.
![]() |
| Contoh mesin sulam berkomputer V3SE ini antara model yang sesuai untuk menyulam kerawang pada tudung dan telekung. Terbaik digunakan jika ada digunakan bersama perisian sulaman. LIST MESIN SULAM BERKOMPUTER |
![]() |
| Mesin jahit sulam industri manual JUKI LZ271 atau sulam goyang. Mesin sulam ini memerlukan kepakaran untuk membuat sulaman secara manual. MESIN SULAM INDUSTRI GOYANG |
KESIMPULAN
Secara umumnya untuk menjahit tudung atau telekung, ada 2 jenis mesin jahit paling asas yang diperlukan iaitu mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi. Tetapi jika anda ingin menambahkan jenis perhiasan pada tudung atau telekung, anda boleh memilih jenis-jenis mesin jahit tepi lain.
Selain dari mesin jahit anda juga mungkin memerlukan steam press untuk menampal batu manik pada tudung anda.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di talian 012-9289727
Jom lawati website kami di www.krafezee.com untuk melihat produk-produk yang kami ada. Kedai kami terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Jika anda nak datang, anda boleh WAZE Kraf Ezee.


















Comments
Post a Comment