Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sejak 2-3 minggu ni kami banyak mendapat pertanyaan dari pelanggan yang ingin membuat bisnes sulaman kerawang bunga pada baju kurung atau tudung menggunakan mesin sulam yang berkomputer. Persoalan yang kami selalu dapat ialah mesin sulam yang mana paling sesuai untuk membuat sulaman sebegini.
![]() |
| Contoh kerawang pada pakaian |
Untuk pengetahuan para pembaca, mana-mana jenis atau model mesin sulaman berkomputer BOLEH melakukan sulaman kerawang pada pakaian. Tidak kira apa sahaja model, asalkan anda ada designnya dan mesin sulam, boleh dibuat. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira untuk memilih model mesin sulam yang sesuai. Ini adalah kerana untuk membuat sulaman seperti di gambar sini, kerjanya agak rumit dan renyah. Anda perlu membuat sambungan kerawang di pakaian. Kerja sambungan ini tidak semudah yang ditulis disini. Jika sambungan gagal dilakukan dengan baik, maka hasil sulaman mungkin akan senget, ada lompong atau gap. Di antara pertimbangan yang para pembaca perlu ambil kira adalah seperti berikut
1) Size Maksima Panjang Frame Mesin Sulam
Di samping itu jika saiz framenya lebih besar, maka anda boleh membuat kerawang yang lebih besar dengan mudah dan cepat! Perlu di ingat, kerawang pada kebiasaannya panjang dalam 1.5 - 2.0 meter bergantung kepada size pakaian anda nak sulam
Pada pandangan kami, ini adalah faktor paling penting untuk pemilihan mesin sulam yang sesuai.
2) Frame atau Hoop Yang Memudahkan Sambungan
Adakah mesin sulam tersebut boleh dilengkapi dengan frame yang memudahkan sambungan. Sebagai contoh model Brother V3SE Embroidery Machine boleh di tambah dengan Border Frame untuk memudahkan kerja sambungan. Berikut adalah contoh frame biasa dan frame border untuk mesin sulam
![]() |
| Ini adalah frame biasa pada mesin sulam. Jika perlu membuat cantuman kerawang, prosesnya agak rumit kerana perlu di ketatkan dan cantungan ada kemungkinan sedikit lari. |
3) Lain-lain Perkara
Jika mesin sulam anda ada teknologi kamera untuk membuat placement seperti model Brother PR1055X, kerja membuat sambungan akan menjahit berkali ganda lebih mudah. Ini adalah kerana anda tidak perlu membuat ukuran dan penandaan pada kain untuk membuat cantuman. Dengan teknologi kamera, scan dan terus buat placement dengan mudah. Walaubagaimana pun, tidak semua model mesin sulam memiliki teknologi seperti ini
Oh sebelum kami lupa anda juga memerlukan software sulaman untuk membuat sususan kerawang atau membuat design kerawang anda sendiri. Tanpa software sulaman, adalah hampir mustahil untuk membuat sulaman kerawang dengan baik menggunakan mesin sulam berkomputer.
Untuk melihat model-model mesin sulam yang ada, anda boleh lawati website kami di link berikut
KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT MESIN SULAM



Comments
Post a Comment