Mari Mengenal Jenis Gunting Kain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Jika anda mencari gunting kain, kami ada beberapa tips untuk anda memilih gunting yang sesuai dan terbaik untuk anda. Kami akan perkenalkan beberapa jenis gunting yang ada untuk membantu anda memilih gunting yang sesuai.


Tips memilih gunting yang sesuai

  • Pastikan berat gunting sesuai dengan anda. Panjang gunting kain besi pada kebiasaannya bermula dari 8" ke 12". Lebih panjang gunting lebih berat gunting tersebut. Anda mungkin akan merasa lenguh setelah lama menggunting. Cara nak tahu sesuai ke tidak beratnya? Mudah sahaja, cubalah gunting yang hendak di beli
  • Pastikan pemegang guntingnya selesa di tangan anda. Untuk yang kidal, carilah gunting untuk orang kidal yang mana pemegangnya sesuai untuk tangan kidal
  • Cuba potong kain dengan gunting tersebut. Jika potongan adalah kemas dah tiada berbulu-bulu setelah gunting di tarik, matanya tajam dan sesuai

Pantang larang menggunakan gunting kain

  • JANGAN sekali-sekali jatuhkan gunting anda
  • JANGAN gunakan gunting kain anda untuk memotong kertas. Matanya akan cepat tumpul.


Gunting Kain 

Ada pelbagai jenis gunting kain di dalam pasaran. Secara umumnya tukang jahit suka menggunakan gunting besi kerana ianya lebih selesa dari gunting biasa. Saiz yang biasa digunakan untuk menggunting kain ialah dari saiz 8" ke 12". Bagaimana nak pilih saiz yang sesuai? Paling penting ialah selesa di tangan anda dan tidak terasa penat menggunting. Kebiasaannya pengguna perempuan akan memilih saiz 8" dan 9" kerana lebih ringan dan pengguna lelaki akan memilih gunting yang lebih panjang seperti 10" dan 12"


Contoh gunting kain yang biasa di gunakan

Untuk pengguna gunting kidal, anda boleh mencari gunting kain untuk tangan kiri yang mana pemegangnya sesuai dengan tangan kiri anda seperti berikut


Gunting ini sesuai untuk tangan kiri


Gunting Benang

Gunting benang pula digunakan untuk memotong benang sebelum atau selepas menjahit. BIasanya gunting ini kecil sahaja saiznya untuk mudah di gunakan memotong benang di mesin jahit atau pada kain pakaian.

Ada pelbagai jenis gunting benang. Secara umumnya bentuknya seperti ini


Gunting Zip Zag Kain

Gunting ini seperti namanya digunakan untuk memotong kain dalam bentuk zig zag. Jangan tertukar dengan gunting kertas zig zag ye! Confirm tak boleh potong kain dengan gunting kertas zig zag. Secara umumnya gunting zig zag kain datang dalam saiz 8" dan 9"
Contoh gunting zig zag kain


Gunting Bengkok

Gunting bengkok juga biasanya digunakan untuk memotong benang pada sudut yang sukar untuk di potong terus. Kebiasaanya digunakan untuk memotong lebih benang selepas menyulam di bahagian belakang. Matanya yang bengkok memudahkan potong di lakukan. Biasanya gunting ini bersaiz kecil sahaja seperti berikut


Mata gunting ini sedikit bengkok



Kami harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih gunting yang sesuai


Untuk melihat produk-produk kami yang ada boleh lawati website kami di link berikut


https://www.krafezee.com/tools 


Comments