Jenis-Jenis Kain Gam Interlining, Interfacing, Stabilizer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk posting kali ini kami ingin memperkenalkan secara ringkas jenis-jenis kain gam yang ada di pasaran Malaysia untuk menjahit. Kain gam di dikenali dengan pelbagai nama yang berlainan di serata Malaysia. Antara panggilan nama yang sering kami dapati adalah seperti berikut:


  1. Bakrum
  2. Kain keras
  3. Cotton Stabilizer atau ringkas CS
  4. Kain gam adalah nama yang paling biasa digunakan
  5. Kain awning tudung
  6. Interlining stabilizer
  7. Kain pelapik gam

Secara umumnya kain-kain gam ini hanya berwarna hitam atau putih dengan bidang 45". Warna-warna lain agak sukar untuk di perolehi. Kebanyakan kain jenis ini ada mempunya gam di satu bahagian untuk memudahkan kain di lekatkan dengan seterika ke kain tanpa perlu di jahit. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kegunaan kain-kain keras atau kain gam ini? Kebiasannya kain gam di gunakan untuk tujuan berikut


  1. Mengeraskan bahagian tertentu pada pakaian, beg dan lain-lain. Contohnya kolar baju melayu, awning tudung, pinggang seluar dan bahagian tepi beg
  2. Untuk membuatkan bahagian kain tersebut lebih selesa apabila bersentuhan dengan kulit. Kebiasaanya di gunakan pada baju kurung atau di belakang sulaman
  3. Kadangkala di gunakan juga untuk menutup jahitan supaya tidak terlalu nampak dan boleh juga digunakan untuk menampal koyakan pada kain!
  4. Untuk sulaman pula, kain stabilizer digunakan untuk mendapatkan sulaman yang kemas terutamanya pada kain yang nipis dan lembut. Sulaman tidak boleh dilakukan dengan kemas tanpa kain stabilizer atau backing material ini. 


JENIS-JENIS UMUM KAIN GAM @ STABILIZER

1) Untuk Sulaman Berkomputer

Untuk membuat sulaman berkomputer, pada kebiasangan satu lapisan kain pelapik tanpa gam akan digunakan di belakang kain terutamanya jika kain yang disulam adalah lembut. Ini ada untuk menstabilkan jahitan sulaman dan mendapatkan hasil yang kemas untuk sulaman tersebut. Kebiasaannya kain pelapik yang ada digunakan 3 jenis

  • Kain jenis mudah dikoyakkan. Kain ini rupanya lebih kepada kertas dan boleh dikoyakkan dengan mudah menggunakan tangan. Kebiasaannya kod yang digunakan ialah 3080.
  • Kain pelapik yang tidak mudah koyak. Kain ini juga rupanya lebih kepada kertas tapi tidak mudah untuk dikoyakkan. Ada juga yang memanggil kain ini sebagai cut away lining. Kain stabilizer ini perlu dipotong dengan gunting. Kod yang biasa digunakan ialah 1050
  • Kain stabilizer water soluble. Kain pelapik ini pula jenis yang mudah cair apabilia terkena air. Biasanya digunakan untuk menyulam tuala.

2) Untuk Jahitan

Kain Gam Kertas

Kain gam ini biasanya digunakan pada pakaian di bahagian leher baju kurung. Kainnya macam kertas dan ada gam di bahagian belakang. Kodnya ialah 2016FAT, 1025FAT dan 1035FAT. Bezanya hanyalah ketebalan, 2016FAT adalah paling nipis dan murah manakala 1035FAT pula paling tebal dan lebih tinggi sedikit harganya 


Ini adalah kain gam 2016 FAT



Kain Gam Cotton

Kain gam cotton pula ada jenis interlining yang diperbuat dari cotton dan ada gam juga di belakangnya. Biasanya juga digunakan untuk kain baju melayu, beg. Secara umumnya kain cotton stabilizer ni ada yang lembut dan juga yang keras dan bergam di belakangnya juga. Antara jenis-jenis yang ada ialah


5520FAT - lembut dan biasanya untuk baju melayu di belakang leher

5530FAT - sedikit keras digunakan untuk mengeraskan bahagian tepi beg pada kebiassanya

1008FAT / 10001 FAT / 9090FAT - jenis ini antara yang paling keras biasanya digunakan untuk awning tudung dan mengeraskan tanjak

6112FAT - kebanyakan lining ini juga keras dan dipotong kecil ke saiz 1" untuk mengeraskan bahagian pinggang seluar.

Contoh lining cotton stabilizer


3) Lain - lain Jenis

Antara lain-lain jenis kain gam atau interlining yang adalah seperti berikut

  1. Kain fusible web digunakan untuk mencantuk dua kain. Jika di potong kecil, boleh digunakan untuk menampal tanda nama sekolah ke baju sekolah
  2. Kain lining untuk bahagian dalam baju kot dan jaket. Kod kebiasaannya ialah 8120F untuk baju kot dan 4075D untuk baju jaket. 

Sekian terima kasih di harapa posting ini membantu anda mengenal jenis-jenis interlining yang ada

Untuk sebarang pertanyaan lain boleh lah hubungi kami di talian 012-9289727

Untuk melihat dan membeli kain-lain ini boleh juga lawati website kami di link berikut

https://www.krafezee.com/Fabrics/interlining-kain-keras






Comments

Post a Comment