Tutorial Butang Bungkus atau Butang Salut

 Assalamualaikum


Jika anda ingin membuat butang berhias sendiri, anda boleh menggunakan butang bungkus. Apa dia butang bungkus ni? Butang bungkus ni ialah butang kosong yang anda boleh salut atau bungkus dengan kain anda sendiri. Oh ya ada juga yang panggil butang ni butang salut. Kalau bahasa Inggerisnya di panggil cover button. Bagaimana bentuk butang ni? Secara umumnya ada 2 jenis butang bungkus iaitu jenis flat dan jenis bulat macam cendawan.


Ini adalah butan bungkus jenis flat atau leper 


Ini pula butang salut jenis bulat atau cendawan

Anda mungkin tertanya-tanya macam mana butang yang sudah bersalut? Begini contoh rupanya

Butang bungkus yang telah dibungkus dengan kain. Anda boleh memilih apa sahaja corak kain dan menghias butang tersebut dengan corak kain tersebut. Kebiasaanya butang ini digunakan sebagai perhiasan langsir, barangan kraf dan ada juga yang di gunakan pada pakaian. 

Anda mungkin tertanya-tanya juga macam mana nak pasangkan kain ini pada butangnya. Ada 2 cara secara umumnya


1) Menggunakan "Self Cover Button" 

Self Cover Button ini biasanya di jual dalam pack kecil dan boleh dipasang terus tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk memasang kain pada butang tersebut. Contohnya ialah butang Self Cover Button brand Hemline seperti berikut.


Butang ini tidak memerlukan sebarang alat untuk di pasang. Biasanya sesuai untuk kegunaan sendiri yang tidak banyak kerana dijual di dalam kuantiti yang sedikit per pack



Kelebihan menggunakan butang self cover button ialah kosnya yang tidak tinggi seperti cara kedua yang kami akan kongsikan berikut


2) Menggunakan Alat Butang Bungkus

Cara kedua ialah dengan menggunakan mesin press butang bungkus dan acuan mold nya untuk memasang butang bungkus. Kosnya agak tinggi kerana anda perlu membeli alat press dan acuan mengikut saiz butang bungkusnya. Tetapi kos butangnya adalah lebih murah dari jenis Self Cover Button. Jadi untuk produksi jahitan yang banyak, cara ini adalah lebih kos efektif untuk jangka masa panjang. 

Alat press butang bungkus. Perlu digunakan bersama mold acuan butang bungkus seperti di bawah.


Contoh mold butang bungkus. Ada pelbagai saiz dari 20L ke 60L mengikut keperluan butang anda



Berikut adalah video tutorial untuk menggunakan alat butang bungkus tersebut



Di harap posting kami ini membantu anda untuk memilih jenis butang yang sesuai untuk keperluan anda


Untuk melihat butang-butang self cover button yang kami ada boleh lah lawati website kami di link berikut

KLIK LINK INI UNTK SELF COVER BUTTON


Untuk melihat mesin press butang bungkus klik link berikut

Comments