Anda baru nak mula menjahit dan ingin menjahit baju yang ada zip? Tapi anda tak tahu zip apa nak guna? InsyaAllah kami cuba bantu anda untuk mengenali jenis-jenis zip yang ada dan yang biasa di gunakan.
Zip Biasa
Zip biasa adalah antara zip yang paling popular dan banyak juga digunakan. Zip biasa banyak digunakan pada pakaian seperti baju kurung di bahagian kain atau ada juga digunakan di seluar lelaki. Selain itu, zip ini sesuai juga di gunakan untuk membuat pencil box atau apa-apa barangan kraf yang kecil. Size yang boleh didapati adalah dari 3" ke 30" tetapi saiz zip ini yang popular adalah dari size 6" - 12". Mengikut pengalaman kami, size yang tidak popular agak sukar untuk di dapati di dalam pasaran kerana penggunaannya yang kurang. Zip biasa ini boleh di dapati dalam pelbagai pilihan warna yang boleh di padankan dengan pakaian yang anda nak jahit.
![]() |
| Ini adalah contoh zip biasa. Kepala zipnya agak menimbul |
Zip Sorok
Zip Sorok juga adalah salah satu jenis zip yang popular. Zip ini banyak digunakan di pakaian wanita secara umumnya untuk baju kurung atau jubah. Kenapa ianya banyak digunakan di pakaian wanita? Ini adalah kerana kepala zipnya yang agak tenggelam dan tidak kelihatan dgn jelas. Disebabkan ini, zip ini juga di kenali dengan pelbagai nama lain seperti zip susut, zip tapuk dan zip tersembunyi. Size yang ada ialah di antara 6" - 24" tetapi yang popular biasanya ialah 8"-22". Harganya lebih mahal sedikit berbanding zip biasa. Zip ini juga boleh di dapati dalam pelbagai warna.
![]() |
| Contoh zip sorok |
![]() |
| Kepala Zip Sorok |
Zip Seluar
Zip Seluar pula biasanya digunakan pada seluar lelaki. Ciri utama zip ini ialah kepala zipnya boleh dikunci supaya tidak terbuka dengan mudah. Di Kraf Ezee, kami hanya ada zip seluar dari jenama YKK sahaja. Size yang popular ialah size 6"-10" untuk jenis zip ini. Kadangkala zip ini di kenali juga sebagai zip lock head. Zip ini juga boleh di dapati dalam pelbagai warna.
![]() |
| Kepala zip seluar YKK. Kepalanya boleh dilock supaya zip tidak berbuka. |
Zip Seluar Jeans
Seperti namanya, zip ini biasanya digunakan pada seluar jeans. Kadangkala ada juga yang menggunakannya pada lengan jubah atau untuk pencil box disebabkan ketahanannya yang lebih kuat dari zip-zip biasa. Seperti zip seluar, kebanyakan zip jeans juga boleh di lock kepalanya supaya tidak mudah terbuka. Size yg ada bermula dari 3" - 12" dan boleh di dapati dalam pelbagai warna juga.
![]() |
| Zip Jeans brand YKK. |
Zip Fesyen
Zip fesyen juga dikenali sebagai zip fancy, zip cantik, zip berhias dan zip bercorak adalah zip dengan kepala zip yang berhias dan agak cantik. Zip ini popular pada 2-3 tahun lepas dan banyak digunakan pada pakaian wanita sebagai perhiasan. Designnya ada sangat banyak dan adalah mustahil untuk kami menunjukkan kesemua design yang ada di pasaran. Zip ini datang dalam pelbagai size juga dan pelbagai pilihan warna. Design kepala zip juga ada pelbagai, ada yang dibuat dari manik, ada yang di perbuat dari besi dan banyak lagi design yang menarik.
![]() |
| Antara jenis-jenis zip fancy design fesyen yang kami ada di KRaf Ezee |
Zip Jaket
Zip jaket pula seperti namanya di gunakan pada jaket. Ciri utama zip ini ialah hujungnya boleh dibuka seperti di jaket. Secara umumnya zip ini ada beberapa jenis seperti gambar di bawah. Pilihan warna untuk zip ini agak terhad kepada hitam dan putih di dalam pasaran dan agak sukar untuk mencari warna lain. Size zip ini pada kebiasaannya bermula dari 10" - 30".
![]() |
| Zip Jaket YKK jenis mata zip yang besar. Warnanya terhad kepada hitam dan putih sahaja |
![]() |
| Zip jaket YKK dengan mata gigi zip yang lebih kecil. Juga terhad kepada hitam dan putih |
Zip Meter
![]() |
| Zip meter, biasanya datang dalam 100 meter gulungan dan dijual secara meter. |










Comments
Post a Comment