Mari Mengenal Jenis-Jenis Jarum Mesin Jahit Portable

Salam Sejahtera


Untuk sesi kali ini kami ingin memberikan sedikit maklumat berkenaan jenis-jenis jarum mesin jahit portable yang ada. 


Jenis-jenis jarum mesin jahit jahit portable

Ciri utama jarum mesin jahit portable ialah batang jarum tersebut hanya separuh bulatannya. Manakala jarum mesin jahit industri pula biasanya bulat penuh batangnya. Jangan tersalah beli kerana anda tidak akan dapat masukkan jarum ke mesin anda!


Kod saiz jarum mengikut kesesuain kain. Pada kebiasaanya untuk mesin jahit portable size yang sesuai digunakan ialah daru size 9 - 18 sahaja. Saiz yang normal atau standard ialah 13 atau 14. Jika lebih tebal kain anda mungkin perlukan saize 16 atau 18.

Apakah no 60 - 130? Itu juga adalah saiz jarum tetapi mengikut standard international. No yang biasa kita gunakan pula ialah 9, 13, 14 iaitu nombor standard Amerika. Ianya sama mengikut jadual di atas


Kami terangkan dengan lebih lanjut berkenaan 2 jenis jarum mesin jahit yang biasanya di cari oleh pelanggan kami


Jarum Biasa atau Universal

Jarum ini adalah jarum paling biasa dan banyak di jual di kedai-kedai alatan menjahit. Ianya sesuai untuk digunakan pada pakaian kain biasa. Tidak berapa sesuai untuk kain yang jenis meregang. Saiz yang paling biasa digunakan untuk kain koton, kain-kain dengan ketebalan biasa ialah size 90/13 atau 90/14. Jika kain jeans kami cadangkan guna size 100/16 atau 110/18. Jika kain sangat nipis, mungkin size 65/9 atau 75/11. Pada pandangan kami, brand seperti Organ atau Schmetz sangat bagus kualiti jarumnya. Berhati-hati jika membeli jarum Brand Singer untuk mesin jahit selain Singer kerana kami dapati kadangkala panjang matanya tidak sekata dan boleh merosakkan auto needle threader jika mesin jahit anda ada auto-needle threader.

Contoh jenis jarum mesin jahit portable brand Organ


Jarum Stretch Untuk Kain Meregang 

Jarum ini adalah jarum yang sesuai untuk digunakan menjahit kain yang meregang seperti kain lycra. Pernahkan anda menjahit kain lycra dan jahitannya melompat dan tidak lekat. Ini adalah kerana jarum biasa yang digunakan gagal menembusi kain meregang tersebut dengan baik dan gagal mengait benang di sekoci. Antara ciri-ciri jarum ini ialah matanya yang lebih tumpul dari jarum biasa (ye pelikkan) dan "coating" pada jarum yang akan membolehkan jarum membelah kain dengan lebih baik. Di Kraf Ezee, kami ada jarum stretch jenama Schmetz seperti berikut



Ini adalah 2 jenis jarum yang biasanya di cari oleh pelanggan kami di kedai kami. Untuk melihat brand dan harga yang ada boleh lawati website kami di link berikut ye


Atau whatsapp kami di 012-9289727

Comments