Benang Apa Nak Guna Untuk Mesin Jahit Tepi

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami sering kali mendapat pertanyaan apakah jenis benang yang sesuai digunakan untuk menjahit tepi. Dari pengalaman kami, kami merasakan pengguna mesin jahit tepi portable terutamanya seringkali salah menggunakan jenis benang lalu mengakibatkan jahitan selalu terputus-putus ketika menjahit. Tidak di nafikan masalah benang putus boleh berpunca dari pelbagai sumber, tetapi antara sebab utama ialah apabila pemilihan benang salah. 


Secara umumnya ada dua jenis benang yang biasa digunakakan untuk menjahit seperti berikut


1) Benang jahit biasa. Benang jahit ini biasanya digunakan untuk menjahit lurus dan datang dalam beberapa size seperti 250 m, 1000 m, 3000 m, 4000 m sehinggalah 12000 m. Benang ini lebih kuat dan tidak mudah putus secara umumnya. Antara brand yang popular ialah Nona dan Dolphin

Benang Jahit biasa dalam gulungan kecil 250 meter per kon


Benang jahit biasa dalam gulungan lebih besar seperti 3000 meter atau 4000 meter

2) Benang Kapas. Benang ini di kenali dengan pelbagai nama lain seperti benang gebu, benang sisip dan lain-lain lagi. Benang ini biasanya digunakan untuk menjahit tepi kerana benangnya yang boleh mengembang. Benang ini TIDAK KUAT dan mudah putus. Jadi ianya tidak sesuai untuk menjahit pakaian biasa. Disebabkan jahitan tepi biasanya pada bahagian dalam pakaian, warna putih adalah popular kerana ianya tidak akan kelihatan pada pakaian. Benang kapas berwarna biasanya digunakan pada tudung.

Benang kapas biasanya digulung dalam kon sebegini


JIKA ANDA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT PORTABLE, benang yang sepatutnya digunakan hanyalah benang jahit yang biasa. Iya, benang jahit sama yang digunakan untuk mesin jahit lurus anda. Jika anda menggunakan benang kapas, benangnya akan sentiasa terputus-putus. Jangan risau, walau pon dengan benang biasa, jahitan tepinya tetap kemas dan cantik dengan mesin jahit tepi portable terutama jika brand Brother digunakan.

JIKA ANDA MENGGUNAKAN MESIN JAHIT INDUSTRI, benang yang sepatutnya digunakan ialah benang jahit biasa DAN benang kapas. Benang kapas di gunakan untuk looper atas dan bawah mesin jahit tepi manakala benang biasa digunakan pada jarum (1 jarum atau 2 jarum). Dengan cara begini barulah jahitan tepinya kukuh dan tidak mudah terbuka. Jika nak guna benang biasa untuk kesemua looper pon boleh cuma anda akan dapat jahitan tepi tidak akan rapat.


Kami harap penerangan ini membantu anda untuk menggunakan benang yang betul untuk mesin jahit tepi anda 😀

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di 012-9289727

Kraf Ezee Enterprise adalah Authorized Dealer dan Service Center Brother. Untuk melihat produk-produk yang kami ada boleh lawati website kami di 


Comments