Alat Jahitan Asas Untuk Beginner Menjahit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Antara soalan yang sering kami terima dari yang berminat untuk memulakan dunia jahitan mereka ialah "Apakah alat jahitan yang perlu ada?". Untuk yang berminat untuk memulakan langkah anda di dalam dunia jahitan.. kami cuba bantu anda untuk mengenali alatan asas yang perlu ada


1) Pembaris Untuk Jahitan dan Lain-lain Alatan Mengukur Kain

Pembaris adalah satu keperluan untuk menjahit yang tidak boleh di elak. Ada pelbagai jenis pembaris yang ada, kami akan memperkenalkan jenis-jenis yang paling asas untuk digunakan.

Pembaris L. Pembaris ini biasanya panjang 21" dan digunakan untuk melukis lengkungan pada pakaian di bahagian leher, bahu. Boleh guna digunakan untuk membuat garis lurus yang tidak terlalu panjang


Pembaris Lengkung 24". Pembaris ini juga biasanya digunakan untuk membuat lengkungan yang kurang lengkungannya seperti di tepi gaun. 

Pembaris Lurus 1 meter atau yang lebih pendek adalah satu kemestian jika anda ingin menjahit! Biasanya unit ukuran adalah dalam centimeter atau inci bergantung kepada jenis yang anda beli. Tapi jika anda inginkan pembaris meter kain yang diterima oleh KPDNKK, carilah pembaris kayu seperti di dalam gambar kami sertakan di atas. Pembaris tersebut mesti memiliki hanya unit centimeter dan tiada unit inci. Jika anda membawa pembaris dengan unit inci ke pejabat mengukur, anda akan pulan dengan hampa kerana mereka tidak akan mengesahkan pembaris tersebut. Pembaris yang telah disahkan akan di tampal sticker.

Tali Ukur ada pelbagai jenis dengan lebar dan panjang yang berbeza-beza bergantung kepada keperluan anda. Apa guna tali pengukur ini? Ini adalah untuk mengukur badan anda dengan mudah.

2) Kapur Penanda

Kapur penanda di gunakan untuk menanda pada pakaian dan biasanya akan hilang apabila di basuh. Kapur penanda datang dalam pelbagai warna dan brand. 
Jenis kapur menjahit yang biasa digunakan 


Kapur Hemline ini datang dengan penajam untuk menajamkan hujung kapur anda dengan mudah


3) Gunting
Gunting adalah barang wajib ada untuk menjahit, jika tiada gunting anda tidak boleh memotong kain. Kami mencadangkan jika untuk memotong kain, pilihlah gunting besi yang tajam. Panjang minima yang sesuai untuk memudahkan guntingan ialah 8". Size gunting kain yang sesuai biasanya bermula dari 8" sehingga 12". Cari gunting yang sesuai dengan tangan anda, tidak terlalu besar lubang pemegangnya dan tidak terlalu ketat. Ada baiknya test dulu. Gunting yang kami cadangkan designnya adalah seperti berikut:



Gunting seperti ini pula boleh digunakan pada tangan kiri dan kanan. Rahsianya terletak pada handlenya yang sesuai untuk tangan kiri juga

Gunting besi yang tajam seperti ini biasanya lebih mudah digunakan untuk memotong kain

4) Jarum Jahit dan Pin (Jarum Peniti)
Jadi apa beza jarum jahit dan peniti? Jarum jahit digunakan untuk menjahit tangan dan pin banyak digunakan untuk melekatkan kain untuk sementara waktu sebelum di jahit dengan mesin jahit atau dengan tangan. Jika anda menggunakan mesin jahit, anda masih tetap perlukan jarum menjahit! Ada ketikanya anda akan menggunakan jarum menjahit.




Jarum menjahit biasa yang boleh dibeli di mana-mana kedai alatan menjahit


Jarum Peniti yang biasa digunakan untuk menjahit. Ada banyak jenis termasuk pearlhead, jarum peniti langgar lari dan lain-lain lagi. InsyaAllah ada rezeki kami akan ulas jenis-jenis jarum peniti yang ada di lain hari


5) Benang
Semesti anda memerlukan benang untuk menjahit! Benang yang diperlukan adalah dari jenis polyester yang kukuh.Adda juga jenis cotton tetapi agak sukar untuk di perolehi di Malaysia. Jangan tersilap guna benang kapas untuk jahit tepi! Benang kapas juga diperbuat dari polyester tetapi benang ini gebu atau macam kapas dan amat rapuh. Nak tahu bezanya senang sahaja, benang jahit pakaian biasanya dalam dalam kon 250m , 1000m , 3000 m dan 4000 m serta kadangkala 12000 m. Tetapi benang kapas secara umumnya di timbang, unitnya dalam 100 gram, 250 gram, 450 gram dan lain-lain unit gram.

Benang Jahit Kon Kecil


6) Pemotong Benang / "Seam Ripper"
Alat ini sangat berguna! Bila anda nak gunanya? Jawapannya ialah apabila anda hendak menetas balik jahitan yang tersilap. Tanpa alat ini, rumit juga kadangkala nak buka balik jahitan yang tersilap!

Seam ripper ini atau unpicker membolehkan anda memotong benang yang tersilap jahit pada pakaian dengan mudah. ada beberap size yang boleh di dapati.



Jika and menggunakan mesin jahit untuk menjahit, aksesori berikut adalah perlu. Kerja menjahit anda boleh terganggu jika aksesori ini tiada 

1) Jarum Mesin Jahit
Kadangkala boleh patah ketika menjahit, bayangkan jika anda sedang menjahit tempahan pelanggan yang urgent, dan jarum patah, tiada pula spare! Pengsan!

2) Sekoci Mesin Jahit
Sama seperti jarum, sekoci anda pecah ketika menjahit atau hilang, atau bengkok.. tanpanya tidak boleh menjahitlah anda. Disamping itu ada juga yang dah siapkan sekoci dengan benang yang berlainan wana supaya tidak habis masa menggulung benang
Bobbin besi biasanya untuk mesin jahit industri

Sekoci plastik biasanya untuk mesin jahit portable



3) Tweezer
Tweezer digunakan untuk mengepit benang. Sangat diperlukan terutamanya jika menggunakan mesin jahit tepi industri. Tanpanya anda akan mengambil masa yang lama untuk memasukkan benang ke mesin.
Tweezer



Di harapkan tulisan ini membantu pembaca untuk membeli barangan yang di perlukan dengan lebih baik. Untuk melihat produk-produk yang kami ada boleh lawati website kami di link berikut

Comments