Salam sejahtera,
Jika anda sedang mencari mesin jahit, mungkin anda tertanya-tanya mesin jahit jenis apa yang sesuai, jenis portable ke atau jenis industri. Kami akan huraikan perbezaannya untuk membantu Tuan/Puan memilih mesin jahit yang sesuai. Secara umumnya,
Mesin jahit portable (atau mesin jahit mudah alih elektrik) lebih sesuai digunakan untuk kegunaan dirumah seperti menjahit pakaian sendiri dan membuat alteration pakaian anak yang terkoyak dan sepertinya. Boleh juga digunakan untuk mengambil tempahan secara kecilan untuk yang baru bermula. Pendek kata, sesuai untuk beginner yang baru bermula menjahit.
Di antara kelebihan mesin jahit portable atau mudah alih elektrik
Boleh buat pelbagai jenis corak jahitan (dari paling sikit 14 jenis ke ratusan jenis jahitan) termasuk lubang butang
Lebih murah dari mesin jahit industri, secara umumnya lah ye. Akan tetapi, jika mesin jahit portable yang berkomputer harganya lebih kurang dengan mesin jahit industri juga 😁
Mudah alih, tidak berat dan tidak besar
Penyelengaraan tidak perlu tukar minyak
Kekurangan mesin jahit portable pula ialah
Kelajuannya perlahan berbanding mesin jahit industri. Mesin jahit portable kelajuannya dalam 700 - 1000 spm. Mesin jahit industri pula minima 3000 spm.
Boleh digunakan berterusan selama 3-4 jam maksima dan perlu rehatkan mesin 15 minit sebelum menyambung menjahit. Jika tidak motornya boleh rosak!
![]() |
| Mesin Jahit Portable Brother JA1450NT. Harga tertera boleh berubah tanpa notis. |
Secara umumnya kami tidak mencadangkan anda membeli mesin jahit portable yang terlalu murah kerana binaannya yang kurang kukuh dan spare partsnya boleh dikatakan hampir tiada langsung di dalam pasaran di Malaysia. Jadi jika ada kerosakan, kemungkinan besar mesin jahit anda akan di buang ke tong sampah! Mengikut pengalaman kami membaiki mesin jahit, mesin-mesin jahit terlalu murah di bawah RM400 termasuk di dalam kategori ini.
![]() |
| Ini adalah penerangan ringkas kenapa kami tidak mencadangkan mesin jahit seperti ini. |
![]() |
| Antara perbualan kami dengan pelanggan kami yang menceritakan pengalaman menggunakan mesin jahit yang terlalu murah |
Untuk melihat lebih banyak lagi model-model mesin jahit portable Brother dan lain-lain brand, boleh lah lawati website kami di link berikut LINK MESIN JAHIT PORTABLE
MESIN JAHIT INDUSTRI
Mesin jahit industri pula adalah mesin jahit yang sesuai untuk mengambil tempahan pukal. Biasanya tukang jahitlah yang menggunakan mesin jahit industri.
Di antara kelebihan mesin jahit industri
Kelajuan menjahit yang tinggi, minima 3000 spm. Jadi anda boleh nak siapkan tempahan dengan lebih cepat!
Boleh guna berterusan berjam jam tanpa panas dan risiko motornya rosak.
Dilengkapi dengan meja yang besar untuk ruang menjahit yang besar.
Kelemahan mesin jahit industri pula ialah
Besar, berat dan perlukan ruang yang besar
Lebih mahal secara umumnya berbanding mesin jahit portable
Maintenance perlu tukar minyak
Hanya satu jenis jahitan dan tidak boleh buat jahitan jenis lain. Contohnya mesin jahit lurus hanya untuk jahit lurus
![]() |
| Mesin Jahit Lurus JUKI DDL8100e Yang Sangat Popular. Harga tertera boleh berubah tanpa notis. |
Untuk melihat lebih banyak mesin jahit industri yang ada, boleh lawati website kami di link berikut:
KESIMPULANNYA
Ada yang berpandangan, mesin jahit portable mudah rosak dan tidak tahan lasak. Ini adalah tidak benar sama sekali, mesin jahit portable juga tidak mudah rosak asalkan syarat penggunaan tidak di langgari manakala mesin industri juga akan rosak jika tidak di selanggara dengan betul. Jadi tanggapan bahawa mesin industri lebih tahan lasak adalah tidak benar sama sekali. Pemilihan mesin jahit adalah bergantung kepada keperluan masing-masing.
Pada pandangan kami TIADA kelebihan mesin jahit industri di atas mesin jahit portable kerana iannya bergantung kepada keperluan penggunaan anda. Jika anda ingin mengambil tempahan yang banyak, mesin jahit industrilah jawapannya untuk anda. Jika anda hanya ingin menjahit pakaian sendiri, menjahit pakaian anak yang terkoyak, mesin jahit portable sudah memadai untuk anda.
Untuk pertanyaan lanjut boleh juga hubungi kami di talian berikut:
0129289727 (Encik Rafizi)
Atau lawati website kami di link: www.krafezee.com
Terima kasih






Comments
Post a Comment