Apa Beza OVERLOCK dan COVERSTITCH

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kami ada juga mendapat pertanyaan dari pelanggan yang ingin membeli mesin jahit tepi, iaitu apakah beza jahitan tepi OVERLOCK dan COVERSTITCH?

Perbezaannya mudah sahaja seperti di bawah


OVERLOCK ATAU JAHIT TEPI

  • Ini adalah jahitan tepi biasa untuk baju kurung, t-shirt dan lain-lain, ada banyak jenis juga jahitan overlock atau jahitan tepi bergantung kepada jenis mesin jahit tepi. Biasanya berbeza pada jumlah jarum dan benang pada mesin tersebut. Bezanya kami terangkan seperti di bawah

Jahit Tepi Biasa 1 Jarum 3 Benang
Boleh dibuat dengan mesin jahit tepi 1 jarum 3 benang
Aplikasi: Jahit tepi baju kurung, baju melayu dan lain-lain yang sesuai


Jahit Tepi Cantum 2 Jarum 4 Benang
Boleh di buat menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 4 benang
Aplikasi: T-shirt, baju kurung
Dengan mesin jenis ini anda boleh jahit dan terus cantum 2 helai kain. Jahitan lebih kukuh kerana ada 1 jarum extra yang membuat jahitan seakan jahit lurus. Lebih jimat masa kerana dengan mesin jahit 1 jarum 3 benang, anda perlu meggunakan mesin jahit lurus untuk mencantum kain.


Jahit Tepi Safety Stitch 2 Jarum 5 Benang

Boleh di buat menggunakan menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang
Aplikasi: kebiasaanya digunakan untuk membuat kot dan seluar jeans. Ianya juga ada sejeni jahitan tepi cantum terus juga dan lebih kukuh jahitan. Jahitan seperti jahitan lurus itu sebenarnya ialah jahitan yang di panggil chainstitch dan di buat terus menggunakan mesin jahit tepi 2 jarum 5 benang.


Contoh mesin jahit tepi 

Brother 2104D untuk jahitan tepi portable




Mesin Jahit Tepi Industri GEMSY 7724E


COVERSTITCH
  • Jahitan coverstitch pada kebiasaanya di buat pada tepi t-shirt atau tepi tudung sahaja. 
  • Mesin jahit coverstitch pada kebiasaaanya mempunyai 2 atau 3 jarum dan 4 atau 5 benang bergantung kepada apa yang diperlukan
  • Secara umumnya untuk jenis industri, ada juga yang memanggil jahitan ini sebagai interlock coverstitch
  • Ini adalah contoh jahitan coverstitch

Jahitannya ada seperti 2 jaluran jahit lurus (boleh dibuat 3 jahitan lurus juga) dan jahitan zig zag di belakang


Contoh mesin jahit coverstitch adalah seperti berikut



Mesin Jahit Portable Coverstitch Brother CV3550



Mesin Jahit Industri Interlock Coverstitch Typical GK3600D


Kami berharap dengan penerangan ringkas ini, anda boleh memilih mesin jahit yang sesuai untuk keperluan jahitan anda. Jika ada sebarang persoalan bolehlah hubungi kami di talian 012-9289727 ye

Untuk melihat mesin-mesin jahit tepi yang kami ada bolehlah lawati website kami di link berikut: www.krafezee.com

Comments