Perbezaan Benang Sulam dan Benang Jahit

 Assalamualaikum


Ada juga beginner yang baru mula menjahit atau menyulam yang bertanyakan kami benang apa yang sesuai digunakan untuk menjahit dan membuat sulaman seperti logo dan nama. Banyak kali juga ada yang tersilap beli jenis benang. Akibatnya jahitan atau sulaman ada sedikit masalah. Baiklah apakah bezanya


Benang Jahit Biasa

  • Lebih kasar serta berbulu
  • Tidak senang putus, lebih kuat
  • Tidak bersinar
  • Biasanya datang dalam cone 250 meter, 1000 meter dan 4000 meter.
  • Sesuai untuk menjahit pakaian
  • Boleh digunakan untuk menyulam juga tp tidak cantik dan gumpalan di bawah kain akan tebal

Benang Sulam
  • Lebih lembut dan tidak berbulu
  • Senang putus
  • Bersinar dan berkilat
  • Biasanya datang dalam cone 25 gram atau 5000 meter
  • Sesuai untuk sulaman sahaja
  • Tidak sesuai untuk menjahit kerana benangnya tidak kuat

Saksikan video kami di bawah untuk penerangan lebih lanjut. Kami sertakan bonus tutorial cara untuk masukkan benang ke mesin sulam Brother V3SE


Nak tengok produk-produk yang kami ada? Jom lawati website kami di www.krafezee.com


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 012-9289727




Comments