Kenapa Sulaman Tidak Cantik atau Lari Garisan Sulaman

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Pernahkan anda membuat sulaman dan mendapat hasil yang tidak kemas seperti di bawah. Anda boleh perhatikan line-line sulaman terkeluar dari gambar tersebut.

Hasil sulaman tidak kemas. Jahitan outlinenya terkeluar

Kami sering mendapat pertanyaan dari pelanggan yang bertanyaakan kenapa sulaman yang dibuat dengan mesin sulam "lari" jahitannya dan tidak menjadi seperti yang di kehendaki, contoh gambar di atas. Kebiasaannya perkara pertama yang akan di persoalkan oleh kebanyakan pengguna mesin sulam ialah sama ada mesin sulam perlu di servis atau file sulamannya tidak bagus. Tidak dinafikan kadang kala dua faktor disebut sebelum ini juga boleh menyumbang kepada masalah ini, tetapi berdasarkan experimentasi kami dan pengalaman kami, sebab utama perkara ini berlaku bukanlah kerana mesin sulam perlu di servis atau file sulaman ada kesilapan, tetapi lebih kepada pergerakan kain yang berlaku semasa proses menyulam dilakukan. Kain ini bergerak di sebabkan oleh ketengangan dan penarikan oleh benang. Lihat hasil yang kedua kami lakukan di bawah.


Setelah pembetulan dilakukan. Outlinenya tidak terkeluar

Nah, sangat berbeza bukan? Jadi apakah yang kami lakukan untuk membetulkan sulaman ini? Untuk pengetahuan para pembaca, kami TIDAK MELAKUKAN perkara berikut untuk membetulkan sulaman ini

  1. Kami TIDAK membuat sebarang servis pada mesin sulam tersebut. Mesin sulam yang sama model NV955 yang digunakan untuk membuat sulaman
  2. Kami TIDAK menukar sebarang jahitan di file sulaman, File sulaman yang sama sahaja digunakan

Seperti yang kami nyatakan, apabila sulaman "lari" ianya disebabkan oleh pergerakan kain. Apa yang kami lakukan ialah dengan menyekat pergerakan kain ini dengan mengepit frame menggunakan klip kertas. Paper clip macam mana yang kami guna?
Paper clip binder yang kami gunakan untuk mengepit frame mesin sulam 😂😁

Jadi antara langkah-langkah yang boleh di lakukan juga ialah dengan melakukan perkara berikut
  1. Menggunakan backing material atau kain lapik yang tebal. Ini sangat membantu jika anda menyulam kain yang nipis dan lembut
  2. Menghentikan pergerakan kain sewaktu sulaman dengan
    • Mengepit frame dengan klip
    • Membalut frame dengan maskin tape
    • Membalut frame dengan jaring pembalut buah-buahan
    • Tujuan: untuk mengetatkan lagi pegangan frame pada kain
  3. Memastikan frame di skru dengan ketat.

Di samping itu, ada beberapa teknik digitizing sulaman yang boleh juga membantu mengurangkan masalah ini tetapi perkara ini kami akan ulas di lain posting

Terima kasih

Jom lawati website e-commerce kami untuk melihat model-model mesin sulam yang kami tawarkan






Comments