Wujudkah Mesin Jahit Lurus dan Tepi 2 in 1?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kami seringkali menerima pertanyaan dari pihak pelanggan berkenaan kewujudan mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi 2 in 1. Ramai yang berminat untuk membeli mesin jahit seperti ini kerana banyak fungsi yang berguna. Walaubagaimanapun, dukacita kami maklumkan mesin jahit seperti ini belum wujud lagi di dunia ini. Belum ada lagi mesin jahit lurus yang boleh juga membuat jahitan tepi seperti mesin jahit tepi. 

Perkara ini wujud kerana ada penjual mesin jahit yang mengatakan bahawa mesin jahit lurus yang dijual mereka adalah 2 in 1 boleh menjahit tepi juga. Kami katakan benar dan juga tidak benar kerana maklumat yang diberikan tidak menyeluruh dan lebih kepada gimick marketing untuk menarik pelanggan ke kedai - kedai mereka. Jadi apakah yang di maksud oleh penjual penjual mesin jahit yang mengatakan mesin jahit mereka boleh digunakan untuk menjahit tepi?


Apa yang dimaksudkan ialah mesin jahit portable mereka ada paten jahitan yang boleh digunakan untuk membuat jahitan di tepi kain dan perlu digunakan dengan tapak-tapak khas untuk mesin jahit tersebut.


Contoh mesin jahit lurus yang ada paten jahitan yang boleh digunakan untuk membuat jahitan tepi ialah Brother LX27NT, Brother FS101 dan banyak lagi. Model Brother LX27NT adalah seperti di bawah




Paten jahitan yang ada di mesin Brother LX27NT pula ada seperti berikut dan paten-paten jahitan tepi yang ada kami bulatkan.




Berikut pula contoh tapak yang perlu digunakan dengan mesin ini untuk membuat jahitan tepi

Berikut pual mesin jahit tapi yang sebenarnya



Jadi anda mungkin tertanya-tanya apakah hasil jahitan jika di bandingkan? Berikut adalah perbandingannya. 

Kelemahan paling ketara dengan cara ini (menggunakan mesin jahit lurus portable dan tapak jahitan tepi) ialah:

  1. Apabila digunakan dengan kain yang lembut atau nipis, jahitan tepinya akan menjadi berkedut dan tidak kemas. Contoh gambar yang kami berikan kami buat menggunakan dengan kain interlining yang agak tebal
  2. Anda perlu memotong kain dengan kemas terlebih dahulu dalam barisan yang lurus SEBELUM anda menjahit. Ada sejenis tapak yang siap dengan cutter, tetapi, mata pisaunya tidak setahan mesin jahit tepi yang betul.
  3. Jahitan tepinya tidak sekukuh jahitan tepi yang sebenar. Mesin jahit tepi menggunakan sekurang-kurangnya 3 benang, manakala mesin jahit lurus pula menggunakan hanya satu benang jika benang bobbin tidak di kira. 
  4. Jika anda ingin membuat jahitan tepi yang lebih rapat atau lebih halus seperti jahit tepi tudung, maka jawapannya anda perlu mendapatkan mesin jahit tepi yang sebenar.


Berbeza kan hasilnya? Pada pandangan kami, jika anda hanya ingin menggunakan jahitan tepi yang basic untuk kegunaan sendiri atau pon projek kraf yang asas, anda boleh menggunakan tapak dan mesin jahit portable untuk melakukannnya.

Tetapi jika anda ingin membuat pakaian untuk dijual, atau hendakkan jahitan tepinya lebih tahan lama, mahu tidak mahu anda perlu mendapatkan mesin jahit tepi yang sebenarnya.


Terima kasih



LIST MODEL DAN HARGA MESIN JAHIT TEPI PORTABLE

LIST MODEL DAN HARGA MESIN JAHIT TEPI INDUSTRI

Comments