Perbezaan Jenis Motor Mesin Jahit Industri

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Untuk tulisan kali ini, kami ingin memberikan penerangan mengenai beza dan jenis-jenis motor mesin jahit industri yang ada di pasaran secara umumnya. Kami mendapat banyak persoalan dari pihak pelanggan yang bertanya mengenai beza motor yang digunakan mesin jahit industri. Jika Tuan/Puan mengikuti perkembangan dunia jahitan, motor mesin jahit industri telah mengalami beberapa pembaharuan kebelakangan ini dengan konsep Direct Drive Servo Motor yang baru. Persoalan yang selalu kami hadapi ialah, yang mana satu antara motor ini lebih baik? Adakah direct drive servo motor leceh dan susah untuk di perbaiki berbanding clutch motor? Kami cuba kupas persoalan ini berdasarkan pengalaman kami membekal dan membaiki mesin jahit industri selama hampir 7 tahun.


MOTOR CLUTCH

Clutch Motor Mesin Jahit Industri

Motor clutch mesin jahit industri adalah motor jenis lama yang digunakan untuk mesin jahit lurus, mesin jahit tepi dan lain-lain jenis mesin jahit industri. Ciri-ciri motor clutch adalah seperti berikut:

  1. Sizenya besar dan berat, boleh mencecah 20kg untuk satu motor.
  2. Menggunakan belting, capacitor, carbon brush.
  3. Tidak boleh diubah kelajuannya. Kelajuannya boleh diperlahan dengan menukar pulley secara tetap. Untuk menukar pulley pula bukanlah kerja yang mudah 😂
  4. Motornya sentiasa berjalan apabila switch di pasang. Anda boleh mendengar bunyi humming setiap kali motor clutch di hidupkan. 
  5. Kedudukan motor adalah di bawah meja
  6. Kedudukan jarum berhenti selepas menjahit tidak boleh di tetapkan.
  7. Menggulung bobbin menggunakan belting

Secara umumnya untuk mesin jahit industri lurus dan tepi, kebanyakan brand sudah tidak menggunakan lagi motor clutch kerana kosnya yang lebih tinggi. Secara umumnya juga, lebih banyak maintenance untuk parts seperti belt dan capacitor perlu dilakukan.


SERVO MOTOR

Servo moto mesin jahit industri

Servo motor pula adalah jenis motor yang sebenarnya sudah lama juga berada di pasaran. Ciri-ciri servo motor adalah seperti berikut

  1. Sizenya lebih kecil. Beratnya tidak melebih 10 kg
  2. Masih menggunakan belting
  3. Kelajuannya boleh diubah mengikut keperluan dengan menggunakan butang pengubah kelajuan dengan mudah.
  4. Motornya hanya bergerak apabila pedal mesin jahit di tekan. Secara umumnya motor ini lebih senyap dari clutch motor
  5. Penjimatan eletrik sehingga 70% berbanding motor clutch
  6. Kedudukan motor di bawah meja
  7. Untuk sesetengah jenis servo motor, kedudukan jarum setelah habis menjahit boleh ditetapkan di atas kain, Jadi jarum tidak terbenam di dalam kain setelah habis menjahit.
  8. Menggulung bobbin menggunakan belting seperti clutch motor


Disebakan saiznya yang kecil berbanding clutch motor, ramai pelanggan beranggapan kelajuannya lebih rendah berbanding clutch motor. Ini adalah salah kerana kelajuan maksima untuk motor ini masih lagi sama dengan power out put yang sama. Jika anda tidak percaya, boleh lah mencuba sendiri untuk kelajuan maksima motor ini. 😁


DIRECT DRIVE SERVO MOTOR


Direct Drive Servo Motor adalah konsep yang agak baru dipasaran mesin jahit industri. Kami anggarkan konsep ini baru berada di pasaran dalam tempoh 3-4 tahun kebelakangan ini. Ciri-ciri umum Direct Drive Servo Motor adalah sama dengan servo motor di atas. Perbezaan utamanya ialah motor servo kini berada di tepi badan mesin jahit, bukannya di bawah meja mesin jahit


  1. Sizenya lebih kecil. Beratnya tidak melebih 10 kg
  2. Tiada menggunakan belting. Motornya di pasang terus di badan mesin jahit.
  3. Kelajuannya boleh diubah mengikut keperluan dengan menggunakan butang pengubah kelajuan dengan mudah.
  4. Motornya hanya bergerak apabila pedal mesin jahit di tekan. Secara umumnya motor ini lebih senyap dari clutch motor
  5. Penjimatan eletrik sehingga 70% berbanding motor clutch
  6. Kedudukan motor di tepi badan mesin jahit industri.
  7. Untuk sesetengah jenis servo motor, kedudukan jarum setelah habis menjahit boleh ditetapkan di atas kain, Jadi jarum tidak terbenam di dalam kain setelah habis menjahit.


Terdapat juga sesetengah brand seperti Bruce, Gemsy dan Typical yang mana mesin jahitnya terus dibina dengan direct servo motor. Kebanyakan model-model mesin jahit lurus industri berkomputer juga menggunakan direct drive servo motor sekarang. Kebanyakan model-model yang dibina siap dengan direct drive servo motor juga dilengkapi dengan lampu LED untuk memudahkan kerja-kerja menjahit


Mesin Jahit berkomputer JUKI DDL8000A dengan sistem direct drive servo motor


Mesin Jahit Tepi Bruce dengan sistem direct drive servo motor.

Secaranya umumnya pihak kami beranggapan sistem servo motor adalah trend baru untuk masa akan datang. Ada kemungkinan dalam 5 tahun mendatang, kesemua mesin-mesin jahit hanya akan menggunakan servo motor dan alat ganti clutch motor mungkin akan berkurangan.


Sekian penerangan kami berkenaan jenis-jenis motor mesin jahit industri untuk kali ini

Sebarang pertanyaan boleh lah di ajukan ke 012-9289727 (EN. Rafizi)

Jika nak datang dan melihat mesin jahit industri, anda boleh datang ke showroom kami di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi Selangor dengan menggunakan WAZE: KRaf Ezee.

Untuk melihat jenis-jenis mesin jahit industri yang ada, para pembace boleh lah melawat website e-commerce kami di link berikut: JENIS-JENIS MESIN JAHIT INDUSTRI


Comments

  1. Bos klu mesin normal semua tapi di tekan ga mau jln ,apanya yang rusak ya

    ReplyDelete

Post a Comment