Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jika mesin jahit atau mesin sulam anda mempunyai masalah, kami boleh membuat pembaikan mesin jahit anda. Kami boleh membaik mesin jahit brand seperti Brother, Singer, Juki dan lain-lain lagi. Untuk brand-brand ini kami boleh mencari spare part mesin jahitnya dengan agak mudah. Tapi jika brand seperti mesin jahit Global, anda perlu bersiap sedia untuk kemungkinan besar spare partsnya tiada. Antara masalah-masalah utama kami selalu jumpai untuk mesin jahit ialah seperti
- Jahitan yang tidak kemas seperti melompat atau ada berbiji. Masalah biasanya berkaitan dengan tension benang. Anda boleh ubah tension benang atau membuat balik benang sekoci
- Benang tidak lekat pada kain. Masalah ini mungkin berkaitan dengan timing. Boleh cuba tukar jarum dahulu dan jika masih bermasalah ada kemungkinan perlu di buat balik timing jahitannya. Maknanya perlu hantar ke kedai ye.
- Benang selalu putus apabila menjahit. Kadangkala masalah ini berkaitan dengan kualiti benang juga. Tetapi biasanya ada kaitan dengan tension benang, mungkin juga jarum atau paling biasa kami jumpa benang salah masuk di mesin jahit!!
- Mesin jahit stuck iaitu tombol mesin jahit tidak boleh di pulas. Untuk masalah ini, mesin perlu di bawa ke kedai untuk di servis balik.
Ini hanya sebahagian kecil masalah pada mesin jahit tidak kira apa pun Brand Mesin Jahit atau harga mesin jahit anda. Cumanya jika anda membeli mesin jahit yang ada brand, spare part secara umumnya lebih mudah untuk di dapati. Mesin-mesin yang tiada brand, maaf kami maklumkan spare part amat sukar untuk di dapati jika perlu ditukar. Ada banyak pelanggan kami yang akhirnya terpaksa membeli mesin lain kerana ketiadaan spare part untuk di gunakan
Jika anda perlu membuat pembaikan mesin boleh hantar ke kedai kami di Bangi dan GM Klang ye. Boleh juga hubungi kami di talian
012-9289727 En Rafizi
016-3443727 En Zul
Terima kasih

numpang promote ya min ^^
ReplyDeleteBosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
hanya di D*E*W*A*P*K
dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)