Assalamualaikum
Berikut adalah harga mesin jahit industri terbaru. Kami biasanya ada stok untuk mesin jahit industri JUKI, BRUCE dan juga GEMSY di kedai. Pemasangan dan penghantaran di lakukan oleh juruteknik mesin jahit kami sendiri dari Bangi ye. Servis mesin jahit juga dilakukan oleh kami sendiri. Kami boleh membuat pengantaran mesin-mesin ini ke kawasan sekitar 50 km dari Bangi dengan percuma. Penghantaran ke luar kawasan ini akan di kenakan caj penghantaran.
Kesemua mesin jahit industri ini datang dengan setahun waranti. Untuk tahun waranti, 3 kali lawatan pertama dari kami adalah percuma (tidak termasuk caj perjalanan jika melebihi 50 km dari Bangi)
Mesin jahit JUKI adalah yg paling popular untuk jenis lurus industri di kedai kami. Tapi brand GEMSY dan BRUCE juga adalah ok untuk anda. Spare parts untuk mesin jahit ini pon tak susah nak cari ye.
Untuk Bruce, mesin jahitnya agak special sedikit, kerana mesin jahitnya datang dengan servo motor dan ada lampu LED siap di mesin. Manakala mesin-mesin lain datang dengan motor clutch. Apa bezanya? Bezanya ialah motor servo:
- Boleh laras kelajuan. Sesuai untuk beginner mesin jahit industri
- Jimat elektrik
- Senyap
Motor-motor clutch boleh ditukar ke servo motor, tapi ada tambahan kos ye.
Berikut adalah harga-harganya. Harga mungkin berubah tanpa notis pada bila-bila masa. Untuk dapatkan harga terkini atau sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 0102219727 atau 0129289727 ye. Atau lawati website e-commerce kami di www.krafezee.com
![]() |
| Senarai harga mesin jahit lurus industri termasuk mesin jahit industri berkomputer dan mesin jahit industri heavy duty untuk kulit dan lain-lain kan tebal seperti kanvas. |
![]() |
| Mesin jahit tepi industri untuk jenis-jenis jahitan yang berlainan. Mesin jahit tepi halus biasanya adalah mesin yang sama cuma tapak jahitan tepi halusnya perlu ditukar. |


Comments
Post a Comment