Assalamualaikum
Berikut adalah jadual kelas jahitan dan juga bengkel sulaman berkomputer yang akan kami adakan nanti ye. Jadual kami buat sehingga hujung tahun ini
Untuk setiap kelas ini kami akan adakan di HQ Kami sahaja di Bangi. Kami cuma nak bagi sedikit penerangan apa beza Kelas Sulam Berkomputer dan Kelas Sulam Advance Kerawang dan Patch
Untuk Kelas Sulam Berkomputer, kami akan ajar perkara-perkara berikut
- Cara sulam di T-shirt
- Cara sulam di tuala
- Cara sulam di reben / label
- Cara sulaman di tepi kain contohnya di hujung tudung
- Cara sulaman untuk cantum kerawang. Teknik ini hanyalah teknik asas untuk cantum kerawang
Untuk kelas Sulam Advance Kerawang dan Patch pula, peserta yang hendak menyertai kelas ni di galakkan terlebih dahulu mempunyai asas menggunakan perisian sulaman atau perisian pemprosesan imej digital untuk memudahkan proses pembelajaran yang mana kami akan ajar perkara berikut:
- Cara dan teknik menyusun kerawang didalam perisian sulaman. Kraf Ezee akan mengajar penggunaan sususan kerawang berdasarkan software Creative Drawing 8.0. Teknik yang sama boleh digunakan di perisian sulaman lain. Kraf Ezee akan mengajar cara untuk memudahkan kerja sambungan kerawang, teknik ukuran kerawang berdasarkan paten yang di kehendaki termasuk jika membuat kerawang berbentuk U atau lengkongan
- Sulaman berkomputer akan di buat untuk kerawang dimesin menggunakan paten yang di buat di software sulaman. Kami akan tunjukkan cara dengan detail dari permulaan untuk mendapatkan cantuman yang kemas
- Teknik membuat dan menyusuan sulaman untuk PATCH di perisian sulaman dan cara-cara untuk membuat patch dengan mudah, sama ada untuk tampalan terus di kain atau tampalan berasingan
Anda boleh juga menempah kelas secara online di link berikut ye






Comments
Post a Comment