PAKEJ BARU MESIN DAN MESIN SULAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama sudah kami tidak update blow kami. Untuk makluman ada banyak perubahan kepada mesin jahit portable dan industri sejak kebelakangan ini dari segi harga dan juga model yg di tawarkan. Harga mesin jahit industri terutamanya Juki ada kenaikan harga dan utk mesin portable pula ada banyak model yg diberhentikan atau diganti. Untuk melihat harga mesin jahit terbaru sila lawati website e-commerce kami ye. Kami cuba sedaya upaya untuk update harga terkini di e-commerce kami. Harga di web lain selain dr e-commerce kebanyakannya sudah outdated.

Website ecommerce kami ialah www.krafezee.com

Untuk mesin jahit portable Brother, beberapa model telah diberhentikan atau digantikan dengan model lain. Antaranya

1) Brother JS1410 diganti dengan model JA1400. Paten jahitan masih sama cuma corak hiasan di atas mesin jahit lain

2) Mesin jahit tepi Brother 1334D telah diberhentikan terus

3) Mesin jahit tepi Brother 3034D yg sangat popular telah digantikan dengan model 2104D. Fungsi dan cara guna adalah sama shj antara dua mesin ini. Cuma 2104D lampunya LED dan tiada tray biru utk kumpul perca kain

4) Mesin jahit Brother 3710 kini boleh didapati di Kraf Ezee

5) Model mesin jahit dan sulam Brother NV1500 dan NV4500 telah dibrhentikan sepenuhnya dan digantikan dengan model Brother NV2600. Fungsinya lebih kurg tetapi harga NV2600 jauh lebih murah dr kedua2 model sebelum ini. Juga sesuai untuk quilting. Jadi model ini boleh jahit, quilting dan sulam

6) Model baru mesin sulam VR diperkenalkan. Sila lawati web ecommerce www.krafezee.com

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami

0129289727 En Rafizi
0102219727 Cik Hafira
0389129134 Kedai Bangi
0333185837 Kedai Klang

Comments