MESIN JAHIT 2 IN 1: BOLEH JAHIT BIASA DAN JAHIT TEPI

Assalamualaikum

Ramai yang bertanya kami dan mahukan mesin jahit 2 in 1 yang boleh membuat jahitan biasa lurus dan jahitan tepi. Ramai yang memaklumkan kepada kami kawan atau kenalan ada membeli mesin jahit sebegini. 

Sepengetahuan kami, mesin sebegini masih belum wujud lagi di dunia ini. Pada kebiasaanya apa yang berlaku ialah kawan atau kenalan tersalah faham dengan taktik-taktik sesetengah peniaga yang mengiklankan upgrade ke jahit tepi dan seangkatannnya. Yang sebenarnya, mesin jahit itu hanya di tukar tapaknya untuk memboleh kan mesin itu membuat jahitan tepi. Akan tetapi jahitan tepinya kasar dan tidak setanding dengan jahitan tepi mesin jahit tepi yang sebenar dan tidak boleh membuat jahitan tepi halus dengan cara ini.

Jika anda ada terjumpa mesin jahit yang betul2 boleh membuat jahitan biasa dan jahitan tepi sekaligus, kami harapkan anda boleh maklumkan kepada kami model dan brand mesin ini kerana kami pon berminat nak jual!! :)

Mesin yang ada 2 in 1 setakat ini ialah mesin jahit biasa + mesin sulam. Ini sudah ada banyak di pasaran. Jika ada masa nanti kami akan terangkan kenapa hampir mustahil untuk jahitan tepi dengan mesin jahit biasa untuk setanding dengan jahitan tepi mesin jahit tepi yang sebenarnya.


Jika ada apa-apa persoalan bolehlah lawati website kami di www.krafezee.com atau hubungi kami di talian 0129289727. Atau datang ke kedai alat jahitan dan mesin jahit kami di Bangi dan Klang.

Terima kasih

Comments