KELAS SULAMAN BERKOMPUTER DAN QUILTING PATCHWORK

Kelas-kelas kemahiran baru di Kraf Ezee untuk anda iaitu kelas teknik sulaman berkomputer dan quilting patchwork 101 dan 102



quilting patchwork comforter class in bangi selangor kl malaysia
Kelas Asas Quilting dan Patchwork 101 dan 102. Kelas ini mempunya 5 tahap (sehingga 105). 

Peserta akan di ajar:
1) Teknik cara mengukur dan memotong kain patch dengan rotary cutter dan pembaris grid
2) Cara menjahit patch dengan mesin jahit
3) Cara menggunakan seterika utk patch

Kelas 101 akan ditumpukan ke patch berbentuk empat segi manakala kelas 102 akan membuat patch berbentuk 3 segi

Harga adalah RM250.00 untuk seharian kelas di ajar oleh seorg pembuat quilt yang sangat berpengalaman. Mesin jahit dan alatan asas akan di sediakan. Peserta perlu membawa kain cotton untuk kelas ini

Jika berminat silat hubungi kami di talian 0129289727. Peserta perlu memberikan nama dan deposit 50% untuk pendaftaran. Kelas terhad kepada 6 orang maksimum sahaja untuk membolehkan tumpuan dan kualiti pembelajaran yang tinggi. Terima kasih



computerized embroidery sewing class
Kelas Sulaman Berkomputer di Kraf Ezee. Teknik-teknik untuk sulaman berkomputer.

1) Teknik untuk cantuman BIKU atau kerawang
2) Teknik menyulam di t-shirt
3) Teknik meyulam di tuala
4) Teknik membuat sulaman applique (cantuman sulaman dengan kain yang di potong)
5) Asas penggunaan mesin sulam

Tempoh kelas dan latihan adalah selama sehari sahaja. Peserta perlu membawa tuala dan t-shirt untuk di sulam. Bahan-bahan lain seperti benang sulam, kain sulam akan di sediakan. Mesin sulam juga akan di sediakan tetapi terhad kepada 3 peserta sahaja.

Jumlah Yuran ialah RM180.00. Member ada 10% diskaun dan yang pernah membeli mesin sulam di Kraf Ezee, diskaun 25% dari harga tertera. Harga termasuk GST

Kepada yang berminat boleh hubungi kami di 0129289727. Peserta yang berminat perlu memberikan nama dan deposit 50%. 

Comments