TEKNIK JAHITAN TEPI MESIN BROTHER 3034D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang bertanya kepada kami tentang cara untuk membuat jahitan tepi biasa dan jahitan tepi halus dengan mesin jahit tepi Brother 3034D (ada sesetengah memanggil ini sebagai Kelim tepi). Tekniknya mudah sahaja. Kami terangkan di sini. Kebiasaannya customer yang beli dengan kami akan kami ajar cara gunanya sewaktu pembelian. Hasil jahitannya kemas. Caranya seperti berikut:


1) Jahitan Tepi Biasa

Contoh jahitan tepi biasa ialah seperti di gambar di bawah, Pada kebiasaannya, jahitan tepi ini di buat di tepi baju kurung, baju melayu, seluar dan lain-lain. Lebarnya ialah dr 3-5 mm bergantung kepada setting anda

brother 3034d overlock serger machine
Hasil jahitan tepi dengan mesin brother 3034D demo unit di kedai kami

Untuk dapatkan jahitan seperti di atas, stepnya seperti berikut:

Tension benang mungkin perlu di ubah bergantung kepada jenis kain. Kebiasaannya hanya dua tombol paling kanan perlu di ubah jika jahitan tidak cantik


brother 3034d overlock serger setting
Tombol di sebelah kanan di set ke no 3 untuk atas (atau 4 untuk lebih jarang atau jarak) dan tombol bawah di set ke no 1.


supplier of brother 3034D overlock machine
Gunakan jarum paling kanan sahaja. Cabut jarum sebelah kiri (ye gunakan satu jarum sahaja)
Pasang L-finger ke tempatnya. 




Itu sahaja setting untuk dapatkan jahitan tepi yang cantik dengan mesin jahit tepi brother 3034D. Mudahkan!!


2) Jahitan Tepi Halus

Jahitan tepi halus atau kelim halus pula biasa digunakan untuk jahitan tepi tudung. Berdasarkan pandangan kami, mesin jahit tepi brother 3034D menghasilakan kualiti jahitan tepi yang terbaik untuk mesin jahit tepi jenis portable. Contoh jahitan tepi halus dari mesin demo unit di kedai kami seperti berikut



rolled hem brother 3034d


Untuk dapatkan jahitan seperti di atas, stepnya seperti berikut:

Tension benang mungkin perlu di ubah bergantung kepada jenis kain. Kebiasaannya hanya dua tombol paling kanan perlu di ubah jika jahitan tidak cantik


Gunakan satu jarum sahaja. Cabut L-finger dari tempatnya. Jika L-finger terpasang, jahitan tidak akan jadi halus


Tombol kanan setting seperti di dalam gambar. Tombol atas di set ke "R" dan tombol bawah di set ke 0.7

Untuk maklumat lanjut tentang mesin ini dan atau pembelian online, boleh lawati website kami di

http://www.krafezee.com/Sewing-Machine-Mesin-Jahit/Portable-Overlock-sewingmachine-Mesin-Jahit-Tepi/Mesin-Jahit-Tepi-3034D-Overlocker-Malaysia

Atau lawati kedai kami untuk demo dan belian tunai atau kredit kad di

Kraf Ezee Enterprise
No 30 Jalan PB3 Seksyen 9
Bandar Baru Bangi 43650 Selangor
Hubungi Encik Rafizi di 012-9289727.

Comments