MESIN SULAM LOGO & NAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami selalu mendapat soalan mesin sulam jenis apa yang sesuai untuk di jadikan mesin sulam nama dan mesin sulam logo atau mesin sulam untuk tuala dan juga untuk menyulam kerawang.


Jawapannya ialah: SEMUA mesin sulam yang ada di Kraf Ezee iaitu jenis mesin sulam Brother boleh membuat sulam nama, sulam logo, tuala dan macam-macam lagi jenis sulaman. Apa yang anda perlukan ialah perisian sulaman (embroidery software) untuk di gunakan dengan mesin sulam ini. Mesin sulam ni sebenarnya macam printer, ia hanya mengikut arahan dari komputer untuk menyulam. 


Cumanya untuk sesetengah jenis sulaman seperti sulaman kerawang yang panjang atau tuala, teknik-teknik khas seperti teknik cantuman kerawang perlu di ketahui (kami ada sertakan caranya PERCUMA untuk pembelian mesin sulam dengan kami).


Juga, jika saiz mesin sulam lebih besar (rung atau hoop besar) atau jarumnya lebih banyak, kerja untuk menyulam lebih senang dan cepat terutamanya untuk cantuman kerawang atau untuk menyulam banyak warna. Berikut adalah model-model mesin sulam Brother yang boleh di dapati di Kraf Ezee yang boleh di gunakan untuk menyulam nama, sulam logo, tuala, kerawang dan bermacam-macam lagi. Syaratnya perisian sulam mesti ada ye. Jika tidak, anda hanya boleh menggunakan paten sulaman atau jenis tulisan yang telah sedia ada di dalam mesin sulam ini.


Brother NV950E (ada yang refer kepada mesin ini sebagai Brother NV950E)
Brother NV980K Hello Kitty
Brother NV980D Disney
Brother NV750E
Brother V3
Brother NV1500D
Brother NV4500D
Brother NV-1
Brother PR650E (banyak benang)
Brother PR1000E (banyak benang)


Brother embroidery machine at kraf ezee bangi selangor malaysia KL
Model Mesin Sulam Brother. Harga boleh di RUNDING

Brother embroidery machine comparison
Perbandingan Mesin Sulam Brother


Selain mesin sulam sahaja kami juga menawarkan pakej mesin sulam dengan perisian embroidery software dengan harga yang menarik. Perisian sulaman ini adalah ORIGINAL dari Amerika Syarikat ye. Pakej ini menarik kerana kami menawarkan dengan harga promosi murah dengan diskaun hebat.


Ini contoh pakej yang ada ye. Untuk maklumat lanjut mesin-mesin sulam ini dan juga pakej2 yang ada, boleh lawati website e-commerce kami di http://www.krafezee.com/Embroidery-Machines-Mesin-Sulam




pakej mesin sulam brother dan perisian sulaman



mesin sulam brother NV950 dan perisian sulaman



Latihan penggunaan mesin sulam dan perisian sulaman akan kami berikan kepada pengguna. Lawati kedai kami di Bandar Baru Bangi Selangor Malaysia untuk maklumat lanjut atau hubungi kami di 012-9289727 (Encik Rafizi)

Comments